Wednesday, 21 May 2014

Cool Jer Arif

Teks: Norul Badri Daud
Gambar: Foto Peribadi

Assalamualaikum w.b.t
Bismillah.



Hari minggu yang lalu kami sekeluarga ke jemputan kenduri kahwin sahabat en. suami. Majlis kenduri adik iparnya, yang berlangsung di Dewan Komuniti Manjalara Kepong. Kami sampai sana dalam keadaan hujan renyai-renyai.

Em, nasiblah tak lebat sangat, kalau tak segan je nak masuk majlis dengan pakaian basah. Inilah kalau tak disediakan payung dalam kereta, waktu kecemasan macam ni kan dah susah.

Kami sampai sana dalam jam 1.30 petang kerana berpusing-pusing mencari lokasi. Perut dah mula berkeroncong minta diisi. Sampai je, bersalam-salaman dengan ibu pengantin kami terus masuk ke dewan mencari tempat duduk dan mengambil makanan.

Persandingan belum bermula, sempatlah anakku Zahraa yang sibuk dari awal sampai mencari-cari pengantin nak tengok nanti. Lebih kurang sepuluh minit kami disitu pengantin pun berarak masuk ke pelamin. Suka anakku dapat melihat pengantin baru.

Tak sempat snap gambar masa dalam dewan makan. Hihi, kes lapar sungguh ni. Lebih kurang setengah jam disana kami pun meminta diri dari sahabat en. suami. Kami tak terus pulang ke rumah, sebaliknya membawa anak-anak berjalan di shopping mall KL Festival City, Setapak. Sebelum sampai sana singgah sebentar di kedai gunting rambut, untuk kemaskan rambut anakku yang sulung. Tapi si Arif pun dah panjang rambutnya jadi en.suami pun suruh  tukang gunting tu kemaskan juga rambut Arif.

Tengoklah gelagat Arif, cool je. Selalunya ibu yang kena meriba bila nak gunting rambut, tapi baik pula moodnya hari itu. Tu yang kami semua tersenyum tengok gelagatnya.





 





=========================================================================
Kelas ini sangat sesuai untuk mereka yang sudah ada blog, tapi tidak konsisten update blog. Belajar dan lati menulis secara konsisten dalam kelas asas blog penulisan.

Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan penulisan.


a) Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.

b) bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca /bakal pelanggan.

c) Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum.

d) Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.

e) Bergabung dengan lebih ramai blogger-lebih 600 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.

f) Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis blog.

g) Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.

Jika kalian berada dalam salah satu kategori di
atas, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan.

No comments:

Post a Comment