Gambar : Foto Google
Assalamualaikum w.b.t
Alangkah nikmatnya bersahur!
Sudah hari ke 2 Ramadhan. Ada yang terlepas sahur semalam tak?
Kena kunci jam biar yang kuat bunyi tu kalau takut terlepas waktu sahur lagi.
Di riwayatkan daripada Abu Said Al-Khudri r.a berkata, Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
" Makan sahur itu ada keberkatan, maka janganlah kamu tinggalkan walaupun salah seorang dalam kalangan kamu hanya minum seteguk air. Sesungguhnya, Allah Azzawajalla dan para malaikat-Nya berselawat (rahmat daripada Allah s.w.t dan memohon pengampunan daripada malaikat) atas mereka yang bersahur."
(Riwayat Ahmad).
Tip-tip bersahur:
1) minum air masak atau mineral secukupnya.
2) makan sayur-sayuran dan buah-buahan yang mencukupi (1-2 hidangan)
3) elakkan pengambilan gula yang tinggi
4) kurangkan pengambilan makanan berminyak dan berempah.
5) kurangkan minuman berkafein (seperti kopi, teh, minuman kola)
6) berus gigi selepas makan terutama selepas sahur
7) amalkan senaman ringan (reganggan, berjalan)
8) tidur atau rehat yang cukup.
Saya sahur pagi tadi makan nasi dengan kuah sup daging, telur masin dan air suam. Tambah oat secawan, untuk tenaga tambahan. Anak masih menyusu badan.
Jadi bolehlah ikut ye panduan mana yang sesuai.
Semoga bermanfaat
Sumber: Buku AYUH BERSAHUR hasil tulisan Amly Asenar.
No comments:
Post a Comment