Teks: Norul Badri Daud
Gambar : Foto Google
Assalamualaikum w.b.t
Apa khabar kalian hari ni yang sudi singgah di sini?
Semoga berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah s.w.t. Pejam celik, semakin hari kita semakin dewasa dan membesar. Itulah rahmat dan kurniaan Allah s.w.t kepada kita. Pelbagai nikmat yang diberikan kepada kita tanpa putus-putus.
Sudah masuk hari ke tiga Ramadhan. Pastinya sebelum ni, kita telah persiapkan diri dari segi mental, fizikal, emosi dan rohani. Mengapa?
Supaya setiap detik-detik berharga di bulan Ramadhan yang mulia ni dapat dimanfaatkan semaksima mungkin bagi mendekatkan diri kita kepada Allah s.w.t.
Rasanya belum terlewat untuk saya tuliskan tip mudah dan asas yang dikongsikan oleh imam muda Asyraf Ridzuan dalam membuat persiapan menyambut Ramadhan.
Tip Membuat Persiapan Menyambut Ramadhan.
1) Hadapi Ramadhan Dengan Ilmu.
~ Disebabkan Ramadhan datang setahun sekali, mungkin ada beberapa perkara yang kita terlupa. Perlu banyakkan membaca,membuat perbincangan dan soal jawab berkaitan Ramadhan.
2) Panaskan Badan Dengan Berpuasa Sunat Hari Isnin atau Khamis.
~ Supaya perut dan badan disesuaikan semasa berpuasa di bulan Ramadhan. Ini dapat mengelakkan perut dan badan terkejut dan berasa sangat letih di bulan Ramadhan.
3) Biasakan Untuk Tidur dan Bangun Awal Sebelum Subuh.
~ Sebagai latihan untuk mudah bangun bersahur, bertahajud dan beribadah di awal pagi.
4) Sibukkan Diri Dengan Amal Ibadah
~ Seperti membaca Al-Quran,berzikir dan sentiasa berwuduk. Supaya kita akan konsisten dengan baik sepanjang Ramadhan.
5) Mulakan Amalan Bersedekah Sedikit Demi Sedikit.
~ Hulurkan bantuan kepada fakir miskin, di masjid dan surau serta sesiapa sahaja yang memerlukan.
6) Hebahkan Kehadiran Ramadhan
~ Gunakan Facebook,blog, twitter,e-mail dan sebagainya untuk menghebahkan kedatangan Ramadhan Al-Mubarak. Pastinya, suasana persiapan akan jadi lebih meriah.
Semoga kita akan merasai kelainan melalui Ramadhan kali ini berbanding tahun-tahun sebelumnya dan letakkan sasaran bahawa Ramadhan kali ini adalah yang terbaik!
Semoga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment