Gambar : Foto Peribadi
Assalamualaikum w.b.t
Em, hari ni baru berkesempatan update blog ni. Dah lama rasanya ye saya tak update blog. Kesibukan dengan tugas yang bertambah di pejabat dan di rumah menyebabkan aktiviti berblogging tergendala sementara.
Tapi jangan bimbang ye kalian yang sudi berkunjung ke sini. Saya pasti akan sajikan sesuatu hari ni untuk tatapan kalian yang singgah di sini. Semalam balik dari pejabat singgah sebentar di dobi layan diri. Nak cuci selimut tebal, yang tak muat kalau cuci di mesin basuh rumah sendiri. Pergi dengan en. suami yang sudi temankan.
suasana ruangan dalam kedai dobi O touch laundry
Sementara menunggu selimut yang dicuci, ambil masa lama juga nak siap. Kami sempat la makan dulu di kedai berhampiran dobi tersebut. Selalunya kalau nak mencuci kain yang tebal dobi itulah yang kami pergi. O touch laundry SS 15 Subang Jaya.
Saya dan suami memilih untuk makan hidangan ala barat. Kedai pun tak jauh dari pusat dobi tu, senang tak payah nak menapak jauh-jauh. Perut dah mula berkeroncong pun.
inilah kedai nya
suasana dalam kedai
pemandangan luar
lamb chop oder dari en.suami
chicken chop oder dari saya
Nampak menarik kan cara hidangan nya. Harga pun berpatutan dan rasanya sedap juga. Cuma chicken chop yang saya pesan tu terlebih garing sikit. Tapi dah perut pun berkeroncong, habis juga makan.
Masa hidangan sampai, saya sibuk keluarkan telefon nak snap gambar-gambar ni. En.suami tegur, ehh, gambar makanan pun sibuk nak ambil ke. Hihi, saya jawab nak update blog la. Dah rindu lama sangat tak update blog. Padahal baru je seminggu rasanya.
Em, maaf ye kalau ayat tunggang langgang. Selamat menjamu mata.
Sampai jumpa lagi.
Nampak cam sedap je... kt mana tu
ReplyDeletememang sedap juga.. kt Subang SS15
ReplyDelete