Thursday, 12 June 2014

Bentuk Tabung Yang Cute

Teks: Norul Badri Daud
Gambar: Foto Peribadi

Assalamualaikum w.b.t

Tengahari tadi keluar makan dengan rakan pejabat. Dekat kawasan Kelana Jaya yang berhampiran dengan pejabat. Tak dapat nak pergi jauh-jauh nanti takut pula terlewat masuk pejabat.

Lepas makan-makan ambil kesempatan jalan di dalam kedai serbaneka yang berhampiran.


Huii. Boleh rambang mata tengok pelbagai jenis barang yang di jual. Harga pun tak adalah mahal sangat. Pelbagai jenis barang cenderamata, barang mekap, beg tangan, keperluan pelajar dengan harga yang berpatutan. Suka saya masuk cuci mata kat situ walaupun tak ada niat untuk membeli. Hihi.

Jalan-jalan kat dalam kedai tu memang buat rambang mata dan boleh terbang ongkosnya kalau tak kawal diri. Hihi. Saya suka melihat pelbagai bentuk dan corak tabung yang cute sangat. Banyak betul pilihan corak dan bentuk. Sesuai untuk dijadikan hadiah, sesuai juga jadi tabung sendiri untuk menarik minat lebih rajin menabung. 


Dengan warna-warna yang terang dan pelbagai bentuk, memang menarik.


Gambar tabung yang cute pelbagai bentuk dan warna

Jom mulakan tabiat rajin menabung bagi anak-anak kecil kita. Saya dah beli dua. Suka Zahraa dan Arif bila dapat seorang satu tabung.
Laju je minta duit syiling dari saya untuk rasmi tabung mereka. 

3 comments:

  1. wahhh.. cantik sungguh...

    # terima kasih sudi join, blog ini ada dalam senarai http://www.mialiana.com/2014/06/senarai-url-blog-5.html

    ReplyDelete
  2. Mia Liana, mmg cantik dan harga pun berpatutan.

    ReplyDelete
  3. Mia Liana, mmg cantik dan harga pun berpatutan.

    ReplyDelete