Wednesday 11 February 2015

Selamat Hari Lahir Bonda Tersayang

Teks: Norul Badri Daud
Gambar: Foto Peribadi

 Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah. Bersyukur pada Allah kerana masih diberi kesihatan yang baik untuk meneruskan kehidupan hari ini. Cuaca pagi hari ni agak suram dan dingin, diikuti gerimis hujan.

 Inilah bondaku tersayang

Hari ni sempena hari lahir bonda tersayang yang ke 73 tahun, ku ingin coretkan doa dan penghargaan  buat bonda tersayang dalam blog kesayanganku ini. Doa dari anakmu semoga bonda sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia dan dirahmati Allah selalu. Walau dah berusia bonda masih kuat untuk melayan karenah anak cucu jika kami pulang ke kampung. Terima kasih atas segalanya bonda, jasamu tak mampu ku balas walau dengan apa sekalipun.





Bonda...
Jika ada salah dan silap anakmu ini samada secara sedarku atau tidak yang mengguris dan bisa menggugurkan airmatamu, maafkan lah dan ampunilah anakmu ini. 

 

No comments:

Post a Comment