Wednesday, 9 July 2014

Jalan-jalan hujung minggu

Teks: Norul Badri Daud


Assalamualaikum w.b.t

Salam 11 Ramadhan. Alhamdulillah. Allah masih memberi nafas dan peluang pada kita hari ni untuk terus bertamu di bumi ini.

Apa khabar kalian hari ni yang sudi singgah disini? 

Pejam celik, pejam celik dah menghampiri pertengahan Ramadhan rupanya ye. Ada yang sudah mula rancak bershopping di pusat beli belah, bazar mall dan ada yang suka beli secara online saja. Bagi saya sendiri,buat persiapan untuk anak-anak je dulu.

Hari minggu yang lepas saya bersama keluarga ke kompleks PKNS Shah Alam. Sibuk sama nak menyesakkan lagi keadaan yang sudah mula nampak sesak disana. Berpusing-pusing mencari parking dalam keadaan yang panas. Akhirnya kami parking di kawasan lapang luar bersebelahan kompleks PKNS. Menapak jauh lah sikit, apa boleh buat.

Em, memang penuh dengan orang ramai yang sibuk membeli kelengkapan hari raya. Banyak booth yang menawarkan pelbagai pilihan pakaian sama ada pakaian baju melayu, baju kurung dewasa atau kanak-kanak. Memang meriah suasana di sana dengan suara Dj yang memberi info tentang gerai-gerai jualan. Lupa nak snap gambar la pulak.

Hihi. Dah blur la, berhenti disini dulu. Sampai jumpa lagi.
 


2 comments: