Monday 4 March 2019

Tips Bagaimana Nak Mula Bisnes

Teks: Norul Badri Daud
Imej:Sumber Google

Assalamualaikum
Selamat tengahari. Cuba untuk menulis dengan sedikit masa yang ada di tengahari ini. Satu masa dulu saya pernah terbaca di facebook. Ada seorang newbie nak mula bisnes bertanya kepada seorang sifu bisnes. 

Soalan: Bagaimana nak bermula bisnes?
Ilmu dahulu atau buat dahulu?

Jawapan: Buat sahaja dahulu. Ilmu terbaik datang dari pengalaman kita sendiri. Usahawan hebat pun mulakan perniagaan tanpa mentor pada awal perniagaan mereka.

Soalan : Nak bisnes produk sendiri atau produk orang lain?

Jawapan: Keduanya pun boleh. Cuma lebih ideal mulakan perniagaan dengan menjual produk orang lain. 

Soalan : Apa perkara paling penting untuk bermula tuan?

Jawapan : Minta maaf kepada kedua ibu bapa, mohon restu dan sediakan skrip doa untuk mereka.

Soalan : Jika nak elak dari rugi dalam bisnes, ada tip?

Jawapan : Jangan bisnes. Haa, mudah dan padat kan.

Soalan : Saya seorang pemalu, boleh ke berjaya tuan?

Jawapan: Pemalu dapat apa? Ye kan, kalau kita malu tak kena tempat. Apa yang kita dapat. Renung-renungkan.

Soalan : Ada ke tool marketing yang free tuan?

Jawapan : Ada. Mulut kita. Buka mulut & mulai bercakap. 
Okey, kena rajin buka mulut bercakap ye lepas ni. Jangan bergossip yang tak elok sudah lah.

Itulah antara soalan yang sempat saya salin. Haa, kalau dah malu nak bercakap dan berjumpa orang. Sekarang kan lebih senang buat online bisnes. Marketing free kita buat dekat facebook, insta, telegram. Bina branding. Bina trust. Bila orang dan kenal dan trust barulah mereka suka membeli dengan kita walau tak pernah berjumpa dan bercakap depan-depan.



Bila dah ada bisnes online. Buat marketing setiap hari tanpa henti.
Nak buat kerja mudah dan senang, beli je ebook 176 template copywriting the story selling ni.
Copy, edit dan paste saja. Tak payah nak pening kepala nak buat ayat bagi pembaca tertarik.

Ebook tu boleh dapat kat sini: 


No comments:

Post a Comment