Thursday 7 March 2019

Bahagia Secukupnya Bersedih Seperlunya Bersyukur Sebanyak-banyaknya

Teks: Norul Badri Daud
Imej: Sumber Google


Assalamualaikum.

 Semoga dipermudahkan urusan kita semua hari ini. InsyaAllah, Aamiiin.
Setiap hari kita akan lalui pelbagai pengalaman baru. Orang kata belajar dari universiti kehidupan. Itu lebih memberi pengalaman dan panduan untuk kita teruskan kehidupan.

Kadang ada pahit, ada manis ada masam ada bahagia. Semua bersatu rasa. Optimislah, kerana hidup ini menjadi lebih rumit jika hanya dipandang dengan mengerutkan kening dan wajah.

Hidup tak semudah mimpi di malam hari dan tak seindah khayalan. Namun hidup tak selamanya sukar dan sempit. Semua ada tempat dan masanya. Allah usik kita dengan ujian. Sebenarnya Dia rindu dengan kita. Dia rindu dengan suara kita menyebut namanya 
"Ya Allah"

Setiap penantian ada hujungnya. Setiap perjalanan ada akhirnya. Dan setiap kejadian ada hikmahnya. InsyaAllah. Allah tak pernah menghampakan hambanya yang berdoa dan meminta bersungguh-sungguh dengannya. Kita yang selalu terlupa untuk meminta dengannya.





Sampai jumpa lagi. 
Semoga kita jadi insan yang sentiasa bersyukur. Bahagia secukupnya. Bersedih seperlunya. Bersyukur sebanyak-banyaknya.
.
.
.
.
Yang ada bisnes online
Nak dapatkan ebook 176 template copywriting the story selling.
Lepas ni dah tak payah nak pening kepala nak buat ayat bagi pembaca tertarik.

Ebook tu boleh dapat kat sini: 


No comments:

Post a Comment