Thursday 22 October 2015

Resepi Ringkas Makan Malam

Teks: Norul Badri Daud
Gambar: Foto Peribadi

Assalamualaikum w.b.t
Bismillah.

Hai semua. Salam kasih sayang.
Bersua lagi kita hari ini. Semoga Allah permudahkan urusan pekerjaan dan bisnes yang kalian lakukan. Apa aktiviti yang dah kalian lakukan hari ini? Kalau sudi boleh kongsi-kongsi kat ruangan komen ya.

Hari ini dah Rabu bersamaan 21hb Oktober 2015. Keadaan cuaca masih berjerebu dan sekolah masih ditutup. Diharap kesihatan kalian berada di dalam keadaan baik. Ramai juga yang selsema dan batuk akibat daripada jerebu ni. Perlu kurangkan aktiviti di luar ya dan jika tak tak dapat dielakkan, pakai topeng muka ya semasa keluar.

Sebenarnya kak nb nak kongsi cerita semalam. Ingat tak, yang kak nb pernah tulis azam nak maintainkan berat badan sempena tahun baru hijrah yang baru saja kita tempuhi.  Em, mencabar juga azam ni untuk dilaksanakan. Hehe. Belum sampai pun sebulan, azam dah ternoda.  Macam mana ni.

Semalam balik dari  kerja sampai rumah dah hampir jam 7.00 malam. Mandi dan bersiap-siap untuk solat maghrib. Sekarang maghrib kan waktunya dah awal. Jadi, tunggu azan berkumandang dari masjid berdekatan rumah. Okey, dah siap solat. Perlu rempit masak pula untuk anak-anak dan suami. Penat dan lelah meredah jerebu perlu ketepikan dulu. Yang penting lauk pauk mesti siap ada untuk dimakan. Perut ni pun dah mula bernyanyi-nyanyi. Hehe.

Masak yang ringkas-ringkas je bila dah malam ni. Okey, lebih kurang setengah jam merempit masak, baru siap dihidangkan. Em, walau pun ringkas saja masakan nya namun nampak seperti menyelerakan. Hehe, puji diri sendiri ya kak nb. Tak tunggu lama, panggil semua kumpul kat meja makan dan nikmati ja apa yang ada. Hehe, berselera semuanya. Ntahkan lauk tu yang memang sedap atau perut dah lama menahan lapar.


Ni lah menu semalam, ada sambal belacan, ulam pucuk mengkudu serta telur rebus, ikan merah goreng dan paru goreng kunyit beserta satu jug air sirap ais . Em, ringkas ja kan. Anak-anak dan suami suka dan yang penting perut kenyang. Kak nb, punah lah konon nya berdiet. Bertambah gak nasi semalam tu. Em, tapi boleh cuba istiqamah semula kan. Hehe.

Okey semua, sampai sini saja dulu perkongsian kali ni. Terima kasih pada kalian yang sudi bertandang ke sini. Sayang semuanya.

 



No comments:

Post a Comment