Friday 23 October 2015

Sekolah Semula Setelah Lama Bercuti Cuaca Jerebu

 Teks: Norul Badri Daud
Gambar: Foto Peribadi
 
Assalamualaikum w.b.t
Bismillah.

Salam kasih sayang.
Alhamdulillah. Bersua lagi kita hari ini. Jumaat yang barakah.
Hari ini bermula sudah sekolah, setelah bercuti selama empat hari kerana cuaca jerebu. Sekolah ditutup bermula hari Isnin lagi. Walau pun pendidikan itu penting, namun kesihatan anak-anak adalah lebih penting kan. Cuaca masih lagi berjerebu sebenarnya. Namun mungkin bacaan ipu nya sudah menurun, maka pihak Kementerian Pendidikan berasa wajar sekolah di buka semula.

Alhamdulillah, walau dah bercuti lama anak-anak masih senang bangun awal bila dikejutkan. Cuma nya, bila bersiap tu ambil masa lah juga. Sejuk lah, ngantuk lah macam-macam.
Mama kena tabah layan perangai anak-anak ni. Hehe.

Cerita mengenai anak ketiga kak nb, Zahraa. Teruja dia nak pergi sekolah. Em, pelajar pertama yang sampai ke tadika hari ni, nampak tak betapa terujanya dia. Hehe.  Adik encem Arif pun sibuk nak ikut hantar juga. Mama ni dah jadi supir hantar kakak sekolah, patah balik semula hantar Arif ke rumah. Ops, sebelum balik rumah siap nak upah pula. Nak beli kuih lah, roti jagung la. Aish..macam-macam ragam anak mama ni.


 sibuk nak tolong tulis nama mama pada buku daftar

 si encem Arif yang sibuk nak ikut hantar kakak ke sekolah

 belum mandi pun nak ikut juga

Em, sampai sini dulu ya kak nb coret. Moga-moga lepas ni, azam nak istiqamah update blog kesayangan ni berjaya lah hendaknya.
Terima kasih ya kalian yang masih sudi berkunjung ke blog kak nb. Ianya menjadi dorongan buat kak nb untuk jadi lebih rajin update blog. Semoga ada sedikit perkongsian ilmu yang bermanfaat buat kita. Sudi sudikan lah komen atau kongsi di sini ya. 

Salam sayang. Sampai bersua lagi.

****************************************************
Nak jana pendapatan sebagai pengurus online abdr, boleh pm/call/sms/whatsapp kak nb ya.

Norul Badri Daud
Pengurus Online Abdr
H/p: 019-3615776 
Email: norulbadridaud@gmail.com


 

No comments:

Post a Comment