Wednesday 8 October 2014

Blog sebagai medium perkongsian ilmu

Assalamualaikum w.b.t

Bismillah.




Sejujurnya saya tidak pasti sama ada kisah-kisah ini sengaja dibuat-buat atau kisah benar dalam kehidupan seseorang. Yang penting matlamatnya adalah satu iaitu memberi kesedaran kepada ibubapa supaya memberi perhatian yang lebih kepada anak-anak terutama bagi anak-anak yang masih kecil.

Membaca kisah itu membuatkan saya terpanggil untuk berkongsi kisah kehidupan saya mengurus dan menjaga 4 orang anak-anak yang masih kecil tanpa suami di sisi. Jangan salah faham ye. Suami ada tetapi bertugas di Terengganu. Jadi, kebanyakan masa saya menguruskan anak-anak dan rumah tangga sendirian. Suami saya akan pulang setiap hujung minggu tanpa gagal. Namun, agak sukar juga kerana hujung minggu kami tidak sama. Suami berhujung minggu pada hari Jumaat dan Sabtu, manakala saya pula pada hari Sabtu dan Ahad. Sabtu adalah hari untuk kami beraktiviti bersama.

Allah kurniakan kami dengan 4 orang cahaya mata dalam usia perkahwinan yang masih muda. Khalis 5 tahun, Iman 4 tahun, Aleeya 2 tahun dan Aneesa 9 bulan. Alhamdulillah. Walaupun jarak antara satu dengan yang lain sangat rapat iaitu antara 1 tahun ke 2 tahun, namun kami bersyukur kerana ini adalah rezeki dan nikmat yang tidak semua orang boleh perolehi.
Bila saya ceritakan saya menjaga anak sendirian tanpa pmbantu rumah, ramai yang melahirkan rasa kagum. Wow! You are superwoman, supermom, mama kental dan lain-lain jolokan yang diberikan. Hakikatnya hanya saya sahajalah yang tahu betapa kelam kabut untuk menguruskan anak-anak yang masih kecil sendirian.

Ada juga yang bertanya. Tidak stress kah? Saya rasa orang yang bertanya sudahpun tahu apa jawapannya kan. Bila anak yang ini menangis nak susu, yang itu pula berteriak kerana berebut mainan. Yang sana menconteng dinding, yang sini pula sibuk menyepahkan mainan serata rumah. Saya memasak di dapur, ruang tamu sudah tunggang langgang semula. Saya mengemop lantai, mereka tumpahkan air di atas meja pula. Kalau begini keadaannya setiap hari, tidak stress kah? Belum lagi cerita urusan rumahtangga lain yang sememangnya perlu dilakukan oleh saya sendiri.

Sebagai manusia biasa saya tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Seringkali saya menjerit pada anak-anak. Saya tidak pernah memukul. Sekadar mengacah-acah adalah. Tetapi, kalau diikutkan rasa hati, memang teruk anak-anak saya belasah. Hilang sabar juga kadang-kadang. Lama-kelamaan saya rasakan tidak guna saya menjerit memarahi mereka. Kerana setiap kali saya marah anak-anak, akan terbit rasa bersalah dalam hati terutama ketika menatap wajah anak-anak yang sedang tidur. Rasa kesal kerana tidak dapat mengawal amarah. Akhirnya saya tidur dalam keadaan sedih dan kesal.

Saya banyak membaca mengenai tips-tips keibubapaan terutama berkenaan bagaimana untuk mengawal marah ketika anak-anak buat perangai, cara berkomunikasi dengan anak-anak supaya tiada yang rasa terasing dan juga cara untuk mengawal keadaan anak-anak di samping membuat urusan rumah tangga yang lain.
Untuk saya ulaskan satu persatu, memang tidak pandai. Saya bukanlah pakar dalam bab ini. Tetapi saya boleh berkongsi apa yang saya lakukan dan bagaimana komunikasi saya dengan anak-anak.

Sebagai contoh, apabila dalam keadaan kelam kabut menguruskan anak-anak dan tugasan harian, saya ajak anak-anak untuk turut sama atau participate dalam urusan berkenaan. Khalis, anak yang sulong walaupun baru berusia 5 tahun, namun sudah boleh diharap untuk menolong mamanya. Sekadar kerja-kerja yang mudah seperti tolong buang pampers adik dalam tong sampai, pungut mainan yang bersepah, tolong ambilkan barang-barang dan lain-lain. Kadang-kadang adik-adik yang lain juga turut berebut-rebut membantu. Ini kerana saya cuba wujudkan suasana seronok ketika membantu saya seperti buat pertandingan atau games siapa cepat pungut mainan dia menang. Cepat sahaja bersih tempat bermain. Sudah selesai semuanya jangan lupa ucapkan terima kasih sebagai menghargai pertolongan mereka. Boleh juga sekiranya diberi ganjaran seperti coklat atau gula-gula. Pasti mereka suka untuk membantu di lain masa.

Pelukan ibu atau ayah sebenarnya sangat menenangkan. Itu yang saya cuba praktikkan setiap kali selepas memarahi anak terutama sekiranya saya terlebih marah. Apabila dah reda, saya akan peluk mereka. Cium mereka. Gosok belakang mereka. Dengan perlahan bisikkan di telinga mereka yang mama minta maaf. Jelaskan kenapa kita marah. Insyaallah walaupun anak itu sebenarnya tidak faham namun kemarahan, sakit hati atau rasa benci akan hilang. Saya suka suruh anak-anak senyum selepas memujuk mereka. Dan akhirnya mereka akan kembali ceria.

berkenalan dengan penulis blog, Rahimah Omar
Kelas blog penulisan / Pengurus Online Akademi
Blog Puan Peguam, berkongsi kisah kehidupan Suri Bekerjaya
Jejak beliau di sini http://mrsrahimahomar.blogspot.com/


*************************************************************************

Pendaftaran untuk kelas online dibuka setiap hari. Baca dan fahamkan dahulu kategori kelas, kemudian pakej yuran, kemudian jejak dahulu rakan-rakan yang sudah sertai kami. Apabila sudah fikir barulah buat keputusan ya. Tidak ada paksaan, dan buatlah keputusan dengan rasional mengapa perlu kalian sertai kelas.


Akademi Bekerja Di Rumah menawarkan kelas-kelas berikut :

1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog, fan page dan mula bisnes.
- produk sendiri
- dropship makanan sunnah
- dropship telekung solat
- dropship produk makanan
- dropship produk islami
3. Kelas asas blog dan penulisan kreatif.
4. Kelas beriklan mudah.my.
5. Kelas asas urus akaun wahm/soho-daftar-
Bengkel offline- 11/10/14 shah alam
Kelas Online 1 sesi untuk hari Ahad, 20/10/14
6. Kelas penulisan ebook pertama - online dan offline
7. Pendaftaran pengurus online
8. Kelas asas wordpress

 
Bila sudah sedia untuk sertai ABDR, boleh hubungi saya.

norulbadridaud@gmail.com

 

2 comments:

  1. kata kunci paling penting : sabar. Senang nak cakap, senang nak eja, tapi susah nak buat. Orang yang dah lalui sahaja yang tau.

    ReplyDelete
  2. Ye. Betul tu cikgu, hanya insan yang pernah melalui saja faham macam mana.

    ReplyDelete