Wednesday 15 October 2014

Andai alam ini hanya hitam dan putih

Teks: Norul Badri Daud
Gambar: Foto Google

Assalamualaikum w.b.t



Bismillah. 
Bersua lagi pagi Rabu. Terima kasih pada kalian yang sudi singgah di sini. Tempat dimana kalian berehat seketika di alam maya, di dunia blog yang sungguh pelbagai ragam ini.

Ceriakan diri kita, janganlah sentiasa dibebani tekanan dan kesibukan. Sungguh indah alam ini. Dipenuhi dengan pelbagai warna. Tidak terbayang andai alam ini hanya hitam dan putih. Pasti seperti di dunia filem P.Ramlee. Hehe. Pejam mata dan cuba kita bayangkan sejenak.



Nikmati dunia yang indah dan berwarna-warni ini. Cari ruang buat diri kita untuk berehat walaupun hanya seketika. Betapa bertuahnya kita hidup di bumi yang aman lagi mempersonakan ini. 

Jika masih merasa tertekan, mohonlah dan berdoalah pada yang Maha Esa. Hanya Dia yang dapat memberikan kita ketenangan. Sesungguhnya, segala tekanan dan kesibukan itu adalah kurniaan dariNya. Hikmah dari Ilahi agar kita sentiasa mengingati dan memohon hanya dariNya agar dipermudahkan segala urusan.

Bersyukur dengan nikmat dan anugerah yang tidak ternilai dari yang Maha Esa. 
Keindahan warna-warni alam dan kehidupan, penyeri dan pencetus keceriaan serta ketenangan. InshaAllah.

********************************************************************
Mahu tahu mengenai ABDR? Email pertanyaan pada saya.
norulbadridaud@gmail.com
 

1 comment: