Monday, 30 June 2014

Tip-tip Bersahur

Teks: Norul Badri Daud
Gambar : Foto Google

Assalamualaikum w.b.t



Alangkah nikmatnya bersahur!

Sudah hari ke 2 Ramadhan. Ada yang terlepas sahur semalam tak? 
Kena kunci jam biar yang kuat bunyi tu kalau takut terlepas waktu sahur lagi. 

Di riwayatkan daripada Abu Said Al-Khudri r.a berkata, Rasulullah s.a.w  telah bersabda yang bermaksud:

" Makan sahur itu ada keberkatan, maka janganlah kamu tinggalkan walaupun salah seorang dalam kalangan kamu hanya minum seteguk air. Sesungguhnya, Allah Azzawajalla dan para malaikat-Nya berselawat (rahmat daripada Allah s.w.t dan memohon pengampunan daripada malaikat) atas mereka yang bersahur." 
(Riwayat Ahmad).





Tip-tip bersahur:

1) minum air masak atau mineral secukupnya.

2) makan sayur-sayuran dan buah-buahan yang mencukupi (1-2 hidangan)

3) elakkan pengambilan gula yang tinggi

4) kurangkan pengambilan makanan berminyak dan berempah.

5) kurangkan minuman berkafein (seperti kopi, teh, minuman kola)

6) berus gigi selepas makan terutama selepas sahur

7) amalkan senaman ringan (reganggan, berjalan)

8) tidur atau rehat yang cukup. 

Saya sahur pagi tadi makan nasi dengan kuah sup daging, telur masin dan  air suam. Tambah oat secawan, untuk tenaga tambahan. Anak masih menyusu badan.

Jadi bolehlah ikut ye panduan mana yang sesuai. 
Semoga bermanfaat

Sumber: Buku AYUH BERSAHUR hasil tulisan Amly Asenar.

Sunday, 29 June 2014

Mahu mula bekerja di rumah

Teks: Norul Badri Daud

Assalamualaikum w.b.t

Selamat bercuti hujung minggu. Dah fikir-fikir nak masak lauk apa untuk sahur.  Dah fikir-fikir nak masak apa untuk berbuka bersama keluarga tersayang. Sambil fikir-fikir tu, jom baca info dari ABDR di bawah.

 ------------------------------------------------------------------------------------
Siapa yang layak menjana pendapatan dari rumah?
Sesiapa pun boleh, lelaki, wanita, suri rumah, mereka bekerjaya, pelajar. Boleh dilakukan secara sambilan atau sepenuhnya. Namun, kelebihannya sudah tentu untuk wanita atau lelaki yang mahu lebih fleksibel dan tidak terkongkong.

Bagaimana pula jika tidak berjaya menjana pendapatan?
semuannya atas perancangan dan usaha, tetapi tidak semua orang akan berjaya dengan apa yang dirancang. Katakanlah dalam tempoh setahun hingga dua tahun kalian gagal mengusahakan apa-apa pendapatan. Apa langkah seterusnya?

Bekerja secara sambilan
Bekerja secara sambilan, dengan niat untuk menyimpan modal atau menambah kekurangan kewangan. Ini adalah kerana keperluan sokongan kewangan sentiasa ada. Kalian bebas menentukan jenis kerja yang sesuai yang boleh dilakukan secara sambilan.

Kembali bekerja
Anda rasa putus asa dan memerlukan sumber kewangan sama ada untuk modal atau untuk membayar hutang piutang. Tidak salah untuk bekerja dengan niat untuk mengumpul modal tanpa perlu membuat pinjaman atau berhutang.

Sasaran dalam jangka masa pendek
Jika keinginan untuk kembali bekerja, boleh disasarkan untuk beberapa tahun sahaja. Katakanlah anda mahu mendapatkan modal dalam jumlah tertentu dalam tempoh tertentu. Jadi boleh kembali bekerja dengan niat asal tersebut. Apabila matlamat jangka pendek sudah selesai, kalian boleh meneruskan usaha menjana pendapatan dari rumah.

Meluaskan rangkaian (networking)
Katakanlah anda adalah suri rumah yang tidak pernah bekerja dan tidak mempunyai apa-apa pengalaman luar. Jadi tidak salah untuk bekerja dalam tempoh tertentu untuk membina rangkaian kenalan dan jaringan dalam bidang yang anda akan fokus ketika bekerja sendiri kelak.
(sumber : http://naufalsayang.blogspot.com/2014/01/siapa-layak-bekerja-dari-rumah.html)

Mahu mula bekerja dari rumah, atau mahu ada pendapatan sampingan. Sertai dropship ABDR, kami bimbing cara menggunakan blog sebagai medium pemasaran yang efektif. Hanya pilih mahu dropship mana. Bisnes makanan sunnah, telekung solat, atau projek duit raya.

Pm saya untuk bermula

 

Friday, 27 June 2014

Jadual Waktu Berbuka Dan Imsak 2014 / 1435H

Teks: Norul Badri Daud
Gambar : Foto Google


Assalamualaikum w.b.t

Salam Jumaat yang penuh keberkatan.
Salam Ramadhan yang bakal tiba.


Dibawah ni saya kongsikan jadual waktu yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM bagi panduan dan rujukan kita dalam menjalani ibadah puasa. Tapi jika ada salah silap yang saya terlepas pandang harap maafkan ye.

Jadual waktu berbuka puasa dan imsak tahun 2014 bersamaan 1435H seluruh negeri di Malaysia. Pihak Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) telah mengeluarkan takwim rasmi waktu berbuka puasa bagi seluruh kawasan atau daerah pada setiap negeri di sepanjang musim bulan Ramadhan. Semoga jadual dibawah dapat dijadikan panduan atau rujukan kepada seluruh umat islam di Malaysia untuk menunaikan ibadah puasa pada bulan yang mulia dan penuh keberkatan. 





Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2014/ 1435H Seluruh Malaysia
Nota: Sila klik pautan yang tertera diatas untuk Download Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak bagi setiap negeri masing-masing. Selamat menyambut Ramadhan dan selamat berpuasa.

Sumber:JAKIM