Friday 5 August 2016

Kongsi Idea Nak Tulis Blog Plisss

Teks: Norul Badri Daud
Imej: Sumber Peribadi

Assalamualaikum wbt
Selamat petang. 

Salam Jumaat yang barakah. Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat Allah.
Alhamdulillah. Redup dan nyaman je cuaca hari ni.  Tengahari tadi kat pejabat je KakYun. Perut rasa lapar, namun kaki malas turun pegi kedai untuk membeli makanan. Makan biskut cicah air milo ja la nanti. Hmm, tak bagus kan sifat malas camni. Keh keh keh

Sebetulnya banyak yang KakYun nak kongsi dalam blog kesayangan ni. Namun, idea nak menulis tu kadang-kadang tak mau timbul lagi. Hehe hamboii, KakYun ni banyak ehh alasan. Padahal dah belajar pun dalam kelas blog bersama ABDR, cara mengumpul idea. Sediakan buku nota kecil, tulis lah catatan sepanjang hari yang kita lalui. Kan pelbagai peristiwa kita lalui setiap saat dan masa setiap hari. Ada sedih, lucu, gembira, bahagia, marah dan macam-macam lah. Tulis jek point point dulu, pastu ambil masa bertenang karang la jadi ayat. Haa, senang je kan. 

Okey. Kakyun kongsikan cara ye, kalau betul dah kekeringan kekontangan idea nak tulis boleh jek cari `popular quote' atau `kata-kata mutiara' yang kita rasa best. Kita kongsikan dengan rakan-rakan tambah lah sikit perisa bagi sedap seperti gula batu, air sirap bandung ka bagi lagi manis. Tak  pun, boleh juga jalan-jalan kat blog rakan-rakan lain baca baca dulu cerita mereka. Mana taw kan, tetiba ting ting ting idea mencurah-curah datang. Haa, okey tak idea KakYun? Hehe

Satu lagi KakYun dapat dari perkongsian Cikgu Hajar Abdullah. Zikir. Ya dengan amalkan zikir Ya Musowwir, Ya Alim, Ya Halim, Ya Rashid sebelum mula menulis.

Sampai sini dulu perkongsian hari ni. Moga ada yang bermanfaat. 

Salam sayang.

#JanganKecamSaya
Hehe


 
 
Nak belajar ilmu soft selling. Klik jer link kat bawah

>>> http://bit.ly/TeknikOhsemSoftselling  
>>> http://bit.ly/TeknikOhsemSoftselling
>>> http://bit.ly/TeknikOhsemSoftselling 


2 comments: