Tuesday 4 August 2015

Hari Potensi Kanak-kanak Tadika Kemas Parlimen Selayang 2015

Teks: Norul Badri Daud
Gambar: Foto Peribadi

Assalamualaikum w.b.t

Bismillah.
Alhamdulillah.
Salam 19 Syawal 1436H.
Semoga Allah mudahkan urusan kalian semua pada hari ni. Pada yang sudi singgah menjenguk blog kesayangan cik nb, terima kasih daun keladi. 
Kalian yang terus memberi semangat untuk saya menulis disini untuk berkongsi dan memberi manfaat kita bersama.

Baru sempat nak update kisah hari Sabtu yang lalu.
Hari ni cik nb nak berkisah mengenai puteri kesayangan yang baru lepas menjadi johan secara berpasukan pada hari potensi kanak-kanak tadika kemas pada hari Sabtu (1 Ogos 2015).

Hari Potensi Kanak-kanak Tadika Kemas Parlimen Selayang 2015. 

Puteri kesayangan, Puteri Zahraa Aqilah turut terpilih mewakili tadikanya dalam persembahan gerak kreatif. Apa pula gerak kreatif ni? Gerak yang macam mana eh. Saya sendiri turut suspen, kerana belum tahu corak persembahan mereka. Bila tiba waktunya, bermula persembahan, ooh, ehh begitu rupanya. Si puteri nampak malu malu sewaktu beraksi di depan ramai orang. Alhamdulillah, walau nampak malu malu masih juga ingat gerak langkah yang diajar oleh guru. Selepas ni akan berlatih semula untuk ke pertandingan peringkat daerah Gombak pula. 

Tahniah juga buat guru guru tadika yang bertungkus lumus menjadi tenaga pengajar buat anak-anak cilik ni yang pastinya pelbagai karenah dan ragam. Walau hanya berlatih dalam tempoh lima hari sahaja, masih mampu meraih kejayaan. Semoga akan terus meraih kejayaan di peringkat seterusnya.

Saya kongsikan antara gambar gambar yang sempat di snap pada hari tu. Hp pulak buat hal bateri kong, power bank lupa bawa. Nasib ada gambar ehsan dari group whatsapp tadika.



sesi mekap oleh cikgu yang ohsem 
 

 



yeay..kami lah juara




aksi candid..peace yoo

guru guru yang ohsem


 


1 comment:

  1. Terima kasih sis Husna Haron, sudi bertandang di rumah kita.

    ReplyDelete