Wednesday 26 August 2015

BLOG PILIHAN HARI INI





BLOG PILIHAN HARI INI
******************************
Pelajar : Farah Adlini
Guru Online : Anys Idayu Zakaria
Kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)


Sedikit perkongsian dari tulisan beliau.

"Sebelum ini saya pernah menulis di blog Fantabulous Mommy. Waktu saya memulakan blog, saya sekadar hanya mahu menulis santai dengan gaya dan laras bahasa sendiri. Blog ini lebih kepada diari kehidupan saya bersama insan-insan tersayang. Selepas melahirkan anak kedua saya Sofiyya-Rose saya mula kurang menulis. Saya hilang fokus dek penat menguruskan rumahtangga dan anak-anak tanpa bantuan pembantu. Blog yang selama ini menjadi tempat saya menulis mula terbiar sepi.

Selain daripada menjadi pengurus rumah tangga (saya bangga dengan jawatan ini), saya juga menguruskan kedai online yang saya tubuhkan sebaik saya tiba di sini. Sudah hampir 4 tahun saya berkecimpung dalam bidang ini dan kedai ini saya namakan Shopaholic Parlour.
Tanpa disangka, sewaktu sedang berbual dengan sahabat baik saya di applikasi 'Watsapp', sahabat baik saya Khushartini, memaklumkan kepada saya tentang Akademi Bekerja Di Rumah. Waktu itu saya merasa sangat bersemangat kerana tidak menyangka dari perbualan kosong membuatkan saya mengorak langkah ingin menyertai akademi ini bagi memantapkan penulisan saya di blog.

Saya akan terus menulis tentang kehidupan kami di Bumi Ratu dan kisah suka duka kami di sini yang telah merubah pandangan kami 360 darjah tentang kehidupan yang kami jalani. Umpama pepatah Melayu 'Hujan Emas Di Negeri Orang, Hujan Batu Di Negeri Sendiri'.
Baca seterusnya di sini http://farahmohddin.blogspot.kr/…/08/selamat-berkenalan.html

Nak belajar menulis blog seperti ini?
 
Pendaftaran boleh dilakukan melalui saya sebagai Pengurus Online Akademi Bekerja Di Rumah. Dibuka setiap hari untuk dua kelas online seperti berikut:-

1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)


Norul Badri Daud
Pengurus Online ABDR
Email : norulbadridaud@gmail.com
Sms/wassap/telegram : 019-3615776

1 comment: