Wednesday 31 December 2014

Tragedi December 2014

Teks: Norul Badri Daud
Gambar: Sumber Google
Assalamualaikum w.b.t



Alhamdulillah, selamat petang. Hari ini merupakan hari terakhir 2014.
2014 bakal melabuhkan tirai beberapa jam sahaja lagi. Meninggalkan kita pelbagai kisah  kenangan pahit manis, pengalaman, pengajaran, kegagalan, kejayaan.  

Akhir tahun yang meninggalkan pelbagai rasa pahit manis bagi kita semua. Bagi bulan terakhir dalam kalender tahun ni, kita dikejutkan dengan berita ujian banjir luar biasa di negeri sebelah Pantai Timur dan beberapa negeri lain, dan yang paling terjejas teruk ialah negeri Kelantan. Saya mendoakan agar semua mangsa ujian ini diberi kekuatan oleh Allah untuk terus tabah menghadapinya. Bila selepas diuji dan kita sabar serta sangka baik denganNya, Dia pasti akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Ini kerana semua perkara yang berlaku, adalah hikmah yang besar untuk kita serta menambah baikkan amalan.



Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Kita yang memandang pun terasa hiba dengan dugaan yang mereka hadapi, apatah lagi mereka yang melaluinya. Tentu mereka akan merasa trauma dalam masa agak lama. Bantuan dari kita, tentunya amat-amat mereka perlukan. Alhamdulillah, saya sendiri juga dapat memberi sedikit sumbangan untuk meringankan bebanan mereka. Selebihnya hanya mampu berdoa dari jauh agar mereka terus bertabah dalam menghadapi dugaan ini.




Semoga kita semua dilindungi Allah dan tetap tenang dalam menghadapi pelbagai dugaan. 

2015 moga kedatangan mu membawa sinar baru dalam hidup kami.


1 comment:

  1. BANYAK BETUL TRAGEDINYA MH370 MH17 BANJIR .. NAK KENA TUKAQ KE PR KOT NI

    ReplyDelete