Monday 24 November 2014

Aktiviti Minggu Pertama Cuti Sekolah

Teks: Norul Badri Daud
Gambar: Simpanan Peribadi

Assalamualaikum w.b.t


hehe..the gorgeous team lagi tu.

Selamat petang semua. Apa khabar kalian hari ni? Didoakan agar kalian yang berziarah ke sini sihat walafiat hendaknya ye. Hehe, dah rasa macam nak karang surat masa zaman jadi pelajar sekolah dulu pula.

Kalau dulu, karang surat siap ada pantun bagai. Siap ada tabur bedak talkum lagi bagi wangi surat tu bila dibuka untuk baca. Pantun pula mesti dua kerat.

"Pecah kaca pecah gelas,
Sudah baca, harap balas."

atau

"Pen merah pen biru,
U marah I love u."

Hehe, pernah tak antara kalian yang lalui pengalaman begitu? Cer citer, cer citer.

Haipp, dah terpanjang pula intro petang ni ye. Sebenarnya kan, ni tengah menahan mata dari terus layu-layuan. Mengantuk sangat ni.

Okey, berbalik kepada tajuk entri aktiviti minggu pertama cuti sekolah. Sebetulnya, untuk cuti sekolah kali ni kami sekeluarga belum buat perancangan untuk kemana-kemana. Namun, pada hari Ahad lepas kami sekeluarga mendapat jemputan ke kenduri kahwin yang berlangsung di Dewan MBSJ Taman Medan, Petaling Jaya. Memandangkan hari minggu dan cuti sekolah lagi, sempatlah kami menghadiri majlis tersebut.

Bila dah bermula cuti sekolah akhir tahun ni, ramai yang mengambil kesempatan mengadakan majlis kenduri kahwin. Banyak juga jemputan majlis yang diterima. Kami pun turut gembira dapat bertemu sanak-sauadara serta rakan taulan jarang ditemui. Lagi-lagi gembira dapat makan nasi kenduri. Hehe.

Hari ni (Isnin) sebagai dorongan atas kejayaan mereka untuk tahun 2014, anak-anak dijanjikan dibawa ke Kidzania oleh bapa saudara mereka. Cukup suka mereka, bila dapat tahu ganjaran tersebut. Em, itu aktiviti yang pasti mereka tak akan lepaskan.

Sampai disini dulu ye. Hujan lebat dengan guruh berdentum diluar sana. Jom buat kopi panas dulu hilangkan rasa dingin.






3 comments:

  1. Kalau ada gambar lokasi kat mane.. elok jugak maybe ada yang nak pergi dewan tu..

    ReplyDelete
  2. Salam selasa pagi Norul.. jenjalan ke sini :)) salam kenal

    ReplyDelete
  3. Waalaikummusalam sis,

    Salam kenal juga dari saya. TQ, sudi singgah disini

    ReplyDelete