Wednesday 17 September 2014

Mengapa tidak kita sediakan payung sebelum hujan

Teks: Norul Badri Daud
Gambar: Foto Google 

Assalamualaikum w.b.t



Bismillah.
Alhamdulillah. Cuaca hari ni redup dan damai sekali.

Mengapa tidak kita sediakan payung sebelum hujan.

Em, mengapa pula tajuk entri macam ni ye.  
Sebenarnya ini adalah perkongsian yang saya rasa sesuai buat kita semua.

Sekarang ni kos sara hidup semakin meningkat. Kadar tol naik, harga petrol naik, harga diesel naik, harga gas naik, tariff elektrik naik, tariff air naik. Bak kata semuanya naik lah. Kalau nak senarai jenuh juga ni.

Jadi, sekarang adalah masa yang sesuai untuk kita B.A.N.G.K.I.T dan mesti berani untuk berniaga. Mesti mula bertindak, dan jika ini masa untuk kita berubah, kita perlu mula membuat keputusan. Perlu sediakan payung sebelum hujan. Kalau dah hujan baru nak beli payung, tentu dah habis basah lencun kan.

Macam kehidupan kita juga kan, kalau kita tak buat persediaan atau perancangan awal apa akan jadi pada kita dan keluarga pada hari-hari akan datang kan.

Jika langsung tak pernah berniaga, tak ada pengalaman berniaga boleh mula berniaga secara kecil-kecilan dulu dengan modal yang sangat minima. Nak bisnes hari ni dah tak sama macam dulu. Sekarang lebih banyak peluang bisnes yang boleh kita lakukan sama ada secara `online' ataupun `offline'. Yang penting perlu ada kesungguhan dan semangat tak putus asa.

Buat apa saja perniagaan yang penting kita belajar UNTUK MENGUBAH HIDUP. 

***********************************************

NAK BERHENTI KERJA?

**********************
Pertimbangkan 10 perkara penting ini sebelum mengambil keputusan untuk berhenti bekerja :
1. Kenalpasti samada kewangan sudah stabil atau tidak
2. Kenal pasti juga punca kewangan untuk pendapatan aktif dan pasif
3. Merancang kewangan untuk jangka masa pendek dan jangka masa panjang
4. Tentukan jenis bidang atau industri yang mahu diceburi
5. Berunding dan mendapat persetujuan pasangan sebelum membuat keputusan.
6. Yakinkan diri sendiri, sebelum dapat menerima pandangan keluarga, sahabat dan masyarat.
7. Yakin dan berani membuat keputusan kerana cabaran selepas bergelar WAHM SOHO adalah lebih mencabar.
8. Tahu apa matlamat dua tahun, tiga tahun dan 10 tahun
9. Bersedia fizikal dan mental
10. Bersedia apabila usaha menambah pendapatan di rumah gagal anda ada perancangan lain.


Bagi yang sedang merancang untuk bergelar WAHM, bisnes online adalah salah satu cara untuk memulakan bisnes. Untuk yang masih tiada produk, boleh bersama kami di Akademi Bekerja Di Rumah, sebagai rakan niaga /pengurus online akademi.

Pm saya jika sudah sedia untuk mendaftar.







2 comments: