Monday 11 August 2014

Berkelah di Air Terjun Serendah

Teks: Norul Badri Daud
Gambar: Foto Peribadi

Assalamualaikum w.b.t



Salam Isnin. 15 Syawal 1435H.
Catatan pada 3.15 petang.

Cuaca yang redup dan nyaman hari ni. Masih lagi terasa kemeriahan bulan syawal. 
Hari minggu yang lalu dapat jemputan rumah terbuka teman sewaktu belajar di IKM Jasin dulu, tapi apakan daya saya tak dapat untuk memenuhi undangan itu. 

Rindu. 
Ya, sangat rindu untuk bersua kembali dengan teman-teman sewaktu belajar dulu. Bercerita dan bergurau senda. Rancangnya saya nak ke Melaka untuk bertemu mereka, tapi terpaksa dibatalkan di saat-saat akhir. Kita yang merancang Allah jua yang menentukan.

Semoga kita dapat berkumpul semula di lain masa ye teman-temanku.

Bila dah terpaksa batalkan rancangan awal ke Melaka, maka digantikan pula dengan aktiviti berkelah di air terjun. Pagi-pagi lagi hari minggu dah siap masak untuk bekalan sewaktu berkelah. Anak-anak memang cukup suka dapat mandi-manda di sini.

 
aksi-aksi yang sempat dirakam

Kami berada disana sehingga jam 11 pagi je. Matahari dah mula meninggi kami dah gerak balik.

---------------------------------------------------------------------------------------- 

Syawal masih lagi terasa meriahnya. Ada yang nak buat rumah terbuka dan hidangkan menu istimewa nasi Arab boleh oder pek mudah dengan saya.

Pek mudah nasi Arab boleh hubungi sms/whatsapp saya.
011-11668841


 

2 comments:

  1. Dah pergi sana memang best jugak le... tapi air cetek sangat...

    ReplyDelete
  2. Ye memang best datang berkelah dgn family. Air cetek sesuai la utk anak-anak kecik saya.

    ReplyDelete