TEKS: NORUL BADRI DAUD
Assalamualaikum w.b.t
Bismillah.
Syukur Alhamdulillah atas anugerah dan limpahan kurniaNya. Hujan yang mencurah bumi sebentar tadi menjadikan cuaca sejuk, ditambah pula dengan sejuknya air-cond. Entri kali ini nak bercerita tentang pengalaman saya mula berbisnes. Em, macam besar ye bisnes yang saya lakukan.
Sebetulnya, minat berbisnes ini mula bercambah pabila saya kenal dengan suami dan keluarga mertua. Arwah ayah mertua merupakan kontraktor binaan pada masa itu. Suami ada mengikut jejak arwah dengan menubuhkan syarikat enterprise sendiri. Walaupun mendapat kontrak secara kecilan dari pihak hospital, tetapi ianya berterusan. Dari situ saya mula belajar dan membantu suami dalam menguruskan syarikatnya. Namun saya masih meneruskan pekerjaan asal sebagai seorang pereka pelan elektrikal. Dalam pada itu, saya turut melakukan pelbagai jenis lagi bisnes seperti menjual brooch Korea, tudung bawal, minyak wangi dan kuih-muih pada musim raya. Mungkin kerana tiada ilmu dan fokus dalam bisnes tersebut, ianya semakin lama semakin tenggelam dan terus tenggelam.
Alhamdulillah, dipertemukan dengan ABDR yang diasaskan Pn. Masayu Ahmad. Minat yang mula luntur itu, mula dicambah kembali bila membaca komen-komen positif dari protege yang mengikuti ABDR. Keinginan yang tinggi untuk belajar cara platform yang betul dalam berbisnes, membuatkan saya rela melaburkan wang bagi mendalami ilmu didalam kelas ini. Bagi saya satu kepuasan bila mana dapat membina sendiri blog yang di ingini, disamping mencari peluang melakukan bisnes sambilan dengan berblog.
Semoga terus istiqamah. Itulah harapan dan doa saya. Sampai jumpa lagi di entri akan datang.
No comments:
Post a Comment