Tuesday, 31 May 2016

Salam Akhir May 31 2016

Teks: Norul Badri Daud



Assalamualaikum w.b.t

Selamat petang. 

Ya Allah permudahkan lah urusan sahabat-sahabatku yang singgah di sini. Sesungguhnya mereka lah yang banyak membantu blog kesayanganku ini terus hidup. Aamiin.

Maaf ye akak dah lama tak hapdate blog ni. Pasti korang yang singgah sini pun tak syok kan asyik baca citer sama jek. Bayangkan singgah umah orang, pastu kena jamu dengan gulai kawah yang dah satu bulan masak. Hoho, pasti lah rasa macam, haii nak bagi penampo je kan kat tuan rumah. Sekali lagi akak mohon maaf ye, memang agak lama tak ketuk keyboard tulis di sini.

Sebenarnya banyak juga yang nak di hapdate. Namun, untuk petang ni akak buat entri simple ni jek dulu ye. Aci dak? Hehe, boleh la ye.

Sampai jumpa lagi. Salam sayang.

http://bit.ly/SuperBestSoftSelling
#KakYongEmas


Tuesday, 15 March 2016

Group Support Like Batch Satria Yang Awesome

Teks: Norul Badri Daud
Imej: Sumber Google


Assalamualaikum w.b.t
Selamat petang.



Minggu cuti sekolah sudah bermula, yeay. Anak-anak lah orang yang paling hepi masa ni. Bagi yang ada tu, sudah pasti mahu menggunakan peluang ini untuk mengambil satu atau dua hari cuti rehat membawa anak jalan-jalan. Tambahan pula, musim kenduri kahwin juga banyak dilangsungkan di musim cuti persekolahan ini.
  Saya juga ada undangan kenduri perkahwinan anak kepada sepupu hujung minggu lalu di kampung halaman di Baling, Kedah. Namun apakan daya tak dapat penuhi undangan. Ada perkara yang tak di duga berlaku. Terpaksa lah kami batalkan hasrat untuk pulang ke kampung. Anak-anak memang kecewa. Tapi apa boleh buat.

Berada di sini, kami sekeluarga juga tidak ke mana-mana. Hanya menghabiskan cuti di rumah sahaja. Tak mengapa lah, yang penting anak-anak tetap gembira bersama. Ada je aktiviti yang kami reka untuk riuh rendahkan rumah. Hehe, havoc betul.

Hari Sabtu yang lalu juga saya telah di jemput masuk ke Group Support Like  Batch Satria (GSLSatria) atas tajaan insan mulia yang begitu baik hati. Saya doakan semoga Allah limpahkan rezeki dan keberkatan untuk nya. Aamiin.

Wow!
Memang teruja lah. Mengenali rakan-rakan baru yang positif melalui group support like batch satria (GSLsatria) memang awesome. Aura positif begitu menarik. Telefon saya pun sampai kong bateri dek kerana penangan notification yang tak putus-putus dari rakan-rakan baru gsl. Hehe.
Best sangat.

 Melalui Group Support Like ini, kami bukan sahaja dapat mengenali rakan-rakan baru yang berbisnes. Kami juga diberikan ilmu secara percuma. Juga ada task serta arahan yang perlu kami ikuti. Alhamdulillah. Allah, permudahkan urusan saya, walau agak terlewat menyiapkan task yang di beri.

Best kan dapat ilmu dan rakan-rakan baru yang positif.
Semoga ada yang bermanfaat untuk kalian. 
Salam sayang untuk semua.

Norul Badri Daud
Pengurus Online ABDR
Agen Emas Powergold
 
 

Tuesday, 8 March 2016

Jom Bangkit dan Terus Berjuang

Teks: Norul Badri Daud

Assalamualaikum w.b.t 

Semoga hari ini kita sentiasa dalam perlindungan dan rahmat Allah dan  dibuka rezeki yang seluas luasnya.
Bersyukur kita saat di uji dengan kesulitan dan walau apa yang Allah takdirkan.
.
Yakin dengan segala dariNya adalah yang terbaik. Semoga Allah berikan kita kesabaran dan kekuatan dalam menghadapi dugaan. Tanpa berputus asa dan berdoa kepadaNya agar kita di permudahkan dalam segala urusan.
Insha Allah.   

Jangan kita mudah berputus asa, walau apa yang kita rancang atau impikan masih belum menampakkan hasil. Terus kan usaha walau ada cabaran yang menghalang. 
Yang penting, diri kita sendiri mahu bangkit dan terus berjuang.
Teruskan berkongsi kebaikan serta manfaat ilmu. 
Semoga ada hati yang terkesan dengan perkongsian kita.
Insha Allah.   
 Aamiin.

Salam sayang.
Norul Badri Daud
Pengurus Online ABDR
Powergold.biz