Monday, 24 November 2014

Aktiviti Minggu Pertama Cuti Sekolah

Teks: Norul Badri Daud
Gambar: Simpanan Peribadi

Assalamualaikum w.b.t


hehe..the gorgeous team lagi tu.

Selamat petang semua. Apa khabar kalian hari ni? Didoakan agar kalian yang berziarah ke sini sihat walafiat hendaknya ye. Hehe, dah rasa macam nak karang surat masa zaman jadi pelajar sekolah dulu pula.

Kalau dulu, karang surat siap ada pantun bagai. Siap ada tabur bedak talkum lagi bagi wangi surat tu bila dibuka untuk baca. Pantun pula mesti dua kerat.

"Pecah kaca pecah gelas,
Sudah baca, harap balas."

atau

"Pen merah pen biru,
U marah I love u."

Hehe, pernah tak antara kalian yang lalui pengalaman begitu? Cer citer, cer citer.

Haipp, dah terpanjang pula intro petang ni ye. Sebenarnya kan, ni tengah menahan mata dari terus layu-layuan. Mengantuk sangat ni.

Okey, berbalik kepada tajuk entri aktiviti minggu pertama cuti sekolah. Sebetulnya, untuk cuti sekolah kali ni kami sekeluarga belum buat perancangan untuk kemana-kemana. Namun, pada hari Ahad lepas kami sekeluarga mendapat jemputan ke kenduri kahwin yang berlangsung di Dewan MBSJ Taman Medan, Petaling Jaya. Memandangkan hari minggu dan cuti sekolah lagi, sempatlah kami menghadiri majlis tersebut.

Bila dah bermula cuti sekolah akhir tahun ni, ramai yang mengambil kesempatan mengadakan majlis kenduri kahwin. Banyak juga jemputan majlis yang diterima. Kami pun turut gembira dapat bertemu sanak-sauadara serta rakan taulan jarang ditemui. Lagi-lagi gembira dapat makan nasi kenduri. Hehe.

Hari ni (Isnin) sebagai dorongan atas kejayaan mereka untuk tahun 2014, anak-anak dijanjikan dibawa ke Kidzania oleh bapa saudara mereka. Cukup suka mereka, bila dapat tahu ganjaran tersebut. Em, itu aktiviti yang pasti mereka tak akan lepaskan.

Sampai disini dulu ye. Hujan lebat dengan guruh berdentum diluar sana. Jom buat kopi panas dulu hilangkan rasa dingin.






Saturday, 22 November 2014

Rahsia Menghargai Pelanggan

Assalamualaikum w.b.t
Selamat berhujung minggu. Minggu pertama cuti akhir tahun persekolahan sessi 2014.

Ulasan eBook Rahsia Khidmat Pelanggan, Usahawan Online

Bisnes online bukanlah perkara baru dalam diari kehidupan saya. Saya telah berbisnes secara online sejak tahun 2011. Pelbagai ragam pelanggan telah saya temui.
Oleh itu, atas dasar ingin menambah ilmu dalam Khidmat Pelanggan, apabila Puan Masayu Ahmad melancarkan eBook terbaru beliau iaitu Rahsia Khidmat Pelanggan, Usahawan Online saya tidak membuang masa untuk mendapatkan naskah tersebut!
 
Di sini, saya ingin kongsikan ulasan eBook Rahsia Khidmat Pelanggan, Usahawan Online dengan anda semua. Semoga ia bermanfaat buat kita bersama, InsyaAllah. Cara penyampaian di dalam eBook tersebut adalah ringkas dan padat. Ia mudah difahami dan semasa membacanya kita dapat membayangkan apa yang ingin penulis sampaikan.

Kita juga pasti tidak sabar untuk mempraktiskan ilmu yang diperolehi daripada eBook ini untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pelanggan. Mungkin anda juga seperti saya, sambil membaca eBook ini, saya sempat termenung kerana bermuhasabah diri mengimbas kembali di mana kelemahan saya dalam skil khidmat pelanggan.
Contohnya dalam Bab 6: Menghargai Pelanggan.
Ikhlas dan Senyum – “Sapa bakal pelanggan/pelanggan dengan senyuman. Mudah sahaja, letak sahaja ikon senyum apabila berbicara dengan pelanggan walaupun hanya mesej melalui talian online. Gunakan ia sebaiknya. Senyuman itu membenarkan kita berurusan dengan baik dengan pelanggan. Ia adalah penghargaan yang cukup mudah. Mungkin sebelum ini kita merasakan bahawa perkara ini adalah perkara remeh dan tidak penting! Tapi, sebenarnya ia memberi impak yang sangat besar. Jika kedai fizikal sekalipun, jika peniaga bermuka manis dan sentiasa senyum kita pun rasa selesa dan bersemangat hendak membeli! Jika sebaliknya? Terus rasa hendak keluar dari kedai kan? eBook ini juga berkongsi RAHSIA memikat hati bakal pelanggan/pelanggan bermula daripada sebelum mereka menjadi pelanggan, setelah menjadi pelanggan dan bagaimana memikat mereka untuk menjadi pelanggan setia!

Pelanggan setia akan membuat pengulangan membeli produk malah mereka juga selalunya akan menjadi ‘agent pemasaran’ kita secara tidak langsung iaitu melalui ‘viral’ di media social atau ‘mouth to mouth’. Contohnya ialah apabila mereka membeli tudung yang kita jual, rakan mereka mungkin tertarik lalu bertanya di mana tudung itu dibeli. Jawabnya ialah “online” lalu ‘memperkenalkan’ blogshop atau facebook page kita. Bukankah itu menguntungkan kita? Lebih menguntungkan lagi jika pelanggan kita itu memuji kita kerana layanan yang baik dan senang berurusan dengan kita. Pasti ia menambah kepercayaan dan keterujaan orang lain untuk membeli dengan kita.

Banyak lagi RAHSIA yang perlu kita ketahui untuk meningkatkan mutu khidmat pelanggan yang akan diperolehi melalui eBook ini. Jika anda mempunyai staf yang menguruskan bisnes online anda, anda patut memberikan eBook ini kepada mereka juga. InsyaAllah, ia akan memberikan manfaat untuk perniagaan anda. Anda tidak akan rugi memilikinya!
Tahniah Puan Masayu Ahmad!



Siri 1 (terbit 25.9.2014)

RM30 (tinggal 30 sahaja lagi)

Pembelian dengan harga RM30 akan menerima bonus 1 ebook lain
Harga selepas ini RM50





Rahsia Khidmat Pelanggan, Usahawan Online

Bab 1: Urusniaga Online

Bab 2: Mengembirakan Pelanggan

Bab 3: Membina Keyakinan pelanggan

Bab 4: Menawan Hati Pelanggan

Bab 5: Menghargai Pelanggan

Bab 6: Kuasa Khidmat Pelanggan

Bab 7: Khidmat Pelanggan Profesional

Bab 8: Kuasa Suara Dan Gerak Hati

Bab 9: Tingatkan Bilangan Pelanggan Setia 

Bab 10: Tingkatkan Keuntungan Dengan Kuasa Pelanggan Gembira

Friday, 21 November 2014

Soho Directori Iklan Bersama ABDR

Assalamualaikum w.b.t
 
Kami telah melancarkan Soho Directori (http://sohodirectory.blogspot.com) yang merupakan sebuah blog untuk memasarkan semua produk atau perkhidmatan para peniaga offline atau online. Soho Directori ini khas untuk mereka yang mahu
memasarkan secara online.

800 blog yang dibina bersama kami membawa pautan logo maksudnya iklan kalian dibawa bersama oleh mereka. Iklan kalian akan berada dalam senarai blog mereka.
Pakej Iklan 1 bernilai RM50 :

RM50- 1 gambar, link fan page, link blog
Tempoh 6 bulan
Renew iklan RM50 untuk 6 bulan

Jika tuan/puan berminat, boleh berikan details lengkap produk, 1 gambar utama produk, link fanpage dan link blog.

 
Pihak kami akan mempromosi produk tn/puan ke dalam SOHO ABDR.