Friday, 5 February 2016

Nasi Ayam Chicken Rice Shop Sedap ke Tidak?

Teks: Norul Badri Daud
Foto: Carian Google

Assalamualaikum w.b.t
Bismillah.

Hai semua. Salam kasih sayang.
Petang ni rasa nak update blog. Bila dah  nak menaip, idea pula tak mau muncul. Hadoii. 
Emm, okey lah taip cerita mengenai keluar makan tengahari bersama rakan sekerja lah ye.
Tengahari tadi kak nb bersama rakan sekerja berbangsa cina secara tanpa merancang awal keluar makan bersama-sama. Maklumlah, nak bercuti panjang sempena Chinese New Year nanti. Mulanya kak nb berasa agak malas nak keluar makan tengahari. 
Namun mereka tetap juga mengajak untuk mengikut mereka keluar makan. Okey lah, apa salahnya kak nb ikut. Tempat makan pun berdekatan je dengan pejabat.
Kami berbincang sebelum keluar pejabat, dan bersetuju untuk makan di Chicken Rice Shop Giant Kelana Jaya saja. Hehe, okey kot restoran tu. Kak nb memang belum pernah sekalipun lagi masuk makan di restoran Chicken Rice Shop ni. Jadi tak tahulah sangat resepi yang ada di sana. Dalam fikiran kak nb, mungkin menu pelbagai jenis nasi ayam je kot. Hehe, nampak tak kat situ macam kolot je kan kak nb.


 
Gambar dari pakcik google
Jarak perjalanan dari pejabat kak nb ke restoran ni hanyalah 5 minit sahaja jika memandu. Ha, dekat saja kan. Tapi kalau berjalan kaki terasa seperti berjogging lima pusingan padang juga lah. Berpeluh-peluh jugalah nak sampai situ. Okey, bila dah sampai sana masih banyak lagi tempat kosong untuk di duduki. Kami memilih untuk duduk di meja dalam restoran yang membelakangi kaunter bayaran. 
Datang pelayan restoran membawa menu untuk pilihan makanan. Hehe, baru kak nb tahu rupanya bukan lah menu di situ nasi ayam semata-mata. Pelbagai jenis juga menu nya. Ada mee, rojak, gado-gado dan macam-macam lagi. Teragak-agak juga lah kak nb nak memilih menu.  Sedap ke tidak makanan nya nanti.
Kak nb pun selak-selak lah menu untuk buat order pilihan. Akhirnya, kak nb pilih menu nasi ayam je. Okey kot, hehe. Rakan pejabat ada yang order mee kari, rojak dan juga gado-gado.  
Menu  
Alhamdulillah. Makanan yang dipesan tak perlu tunggu lama dah sampai. Servis cepat juga. Emm, bagi kak nb rasa nasi ayam nya puas hati lah. Dah selesai makan, kami berehat sekejap sambil berbual-bual. Kak nb perhatikan ramai juga pelanggan yang masuk bersilih ganti. Boleh tahan juga lah.

Nasi Ayam

Rojak
 
Gado-gado

Kesimpulan nya, boleh lah datang lagi untuk menjamu selera di sini. Harap perkongsian kak nb ni memberi manfaat bagi siapa-siapa yang baru pertama kali mencuba makanan kat sini.
Terima kasih sudi membaca coretan kak nb. Sampai bertemu lagi.
Salam kasih sayang.
*************************************************************
p/s: jika ada nak bertanya mengenai kelas blog bersama abdr boleh whatsapp kak nb ye. Tak perlu malu malu atau segan segan ye.
Whatsapp: 019-3615776
Email: norulbadridaud@gmail.com 
 

Wednesday, 3 February 2016

Seronoknya Nak Bercuti Panjang

Teks: Norul Badri Daud
Gambar: Sumber Google


Assalamualaikum w.b.t
Bismillah.




Alhamdulillah.
Selamat pagi buat kalian yang sudi singgah di blog ini. 
Cuaca nampak redup dan tenang pagi ini. Bersyukur atas kurniaan nikmat dari Allah.
Alhamdulillah. Sudah memasuki minggu pertama bulan kedua tahun 2016. Masa bergerak pantas sekali.

Sekarang agak sibuk dengan rutin kerja bermajikan. Maklumlah, nanti akan mula bercuti selama seminggu sempena hari raya Cina yang bakal tiba tak lama saja lagi. Kerja-kerja pejabat juga perlu di selesaikan mengikut tarikh yang di tetapkan sebelum bercuti panjang.

Tentu kalian semua pun bercuti lama kan. Anak-anak lah yang paling seronok kerana sekolah bercuti agak lama untuk sambut perayaan hari raya Cina ini. Kak nb sekeluarga tiada lagi  perancangan untuk kemana-mana cuti ini. Kemungkinan hanya menziarahi saudara mara yang tinggal berdekatan sahaja.

Sempena cuti yang agak panjang ni juga, pasti ada sahabat di sini yang bakal jadi raja sehari kan. Selamat pengantin baru  kak nb  ucapkan, semoga hubungan yang bakal terjalin berkekalan hingga ke jannah. 

Sampai di sini dulu kak nb menulis. InshaAllah, kita bertemu lagi di lain masa.
Untuk yang ingin bertanyakan mengenai kelas blog bersama abdr boleh whatsapp kak nb ya. Jangan malu-malu, jangan segan-segan ya.

Norul Badri Daud
Pengurus Online ABDR
019-3615776
Email: norulbadridaud@gmail.com

Tuesday, 19 January 2016

Kembali Memasuki Rutin

Teks: Norul Badri Daud
Gambar: Sumber Google





Assalamualaikum w.b.t
Bismillah.

Salam ceria buat semua yang sudi singgah baca disini.
Alhamdulillah. Kita masih berkesempatan bersua di alam maya ini.
Di doakan agar kita semua di berkati Allah dalam apa jua bidang yang kita lakukan.  

Maafkan kak nb yang agak lama rasanya tidak  kemaskini blog kesayangan ni. Pasti kalian yang bertandang ke sini agak kecewa kan, kerana tiada pengisian cerita yang terbaru. Ewah, rasa macam jadi artis pulak nak kena ada cerita terbaru.
 
Sudah minggu ketiga bulan Januari 2016. Sudah agak lama di blog ini tiada kemaskini entri yang baru. Hari ini rasa nak menulis kembali. Doakan kak nb terus menulis di sini ya, moga-moga dapat jadi panduan atau manfaat untuk kita bersama.

Penghujung tahun 2015, urusan keluarga agak lari dari trek perancangan. Perancangan Allah jua yang terbaik. Bonda kesayangan berada dalam keuzuran dan terpaksa tahan beberapa hari di wad hospital. Sebagai anak hati kak nb memang risau dengan keadaan ini. Alhamdulillah, kini bonda dah semakin sihat walau tak sekuat dulu lagi. Maka nya, memang  kak nb agak kelam kabut nak mengurus dan menyusun kembali  rutin seperti sediakala. 

Mood untuk kemaskini blog kesayangan ini juga seperti sukar untuk kembali. Mungkin setelah berehat terlalu lama, mood untuk menulis agak menurun.  Alhamdulillah. Pagi ini apabila buka laman fb, dan terlihat newsfeed yang melintas dari pengasas abdr puan Masayu Ahmad yang mengilhamkan doa. Terasa seperti ada ketukan kuat di kepala kak nb yang menyedarkan dari terus terlena. Inilah doa yang sesuai dengan keadaan yang kak nb lalui saat ini. 

Terima kasih cikgu Masayu Ahmad, secara tak langsung menyedarkan saya.

"Ya Allah ilhamkan aku kerja yang tidak memerlukan aku sibuk dan menyibuk. Ya Allah ilhamkan aku ketenangan yang berterusan dalam urusan keluarga dan rumahtangga.
Ya Allah, jadikan urusan kerja ini membantu sama untuk berada tenang di rumah."

Allah itu maha Pemberi, Maha Pemurah.
Mintalah, kerana kita boleh meminta dan Allah akan berikan.




Semoga kak nb terus kuat dan bersemangat dalam meneruskan perjuangan kehidupan di dunia ini. Semoga kita semua juga berjaya dunia dan akhirat. Aamiin.

Salam kasih sayang untuk semua.

Nota kaki: Kak nb masih lagi pengurus online abdr. Jika ada yang nak tahu mengenai kelas blog abdr boleh hubungi kak nb ya.