Wednesday, 11 June 2014

Sentiasa Mahu Belajar & Berubah!

Teks: Norul Badri Daud

Assalamualaikum w.b.t
  




Always willing to learn and improve!

Kalau kita rasa diri kita dah pandai dan tak perlu lagi tambah ilmu untuk memperbaiki diri dan perniagaan, itulah sebab sebenarnya jauh lebih ramai lagi orang lain dan perniagaan lain jauh lebih hebat dari kita.

Belajar dan terus belajar pelbagaikan ilmu.

Kita perlu mengungkaikan kekuatan dan kelemahan diri kita dalam aspek kehidupan tidak kira di dunia mahupun di akhirat. Dengan mencari kelemahan diri kita, kita akan dapat alasan untuk melakukan perubahan.

Pembelajaran ialah satu proses yang berterusan hinggalah hari kita menghembuskan nafas yang terakhir.

"Buat Sampai Jadi!"

Teks: Norul Badri Daud


Assalamualaikum w.b.t




Tip motivasi. Perkongsian dari sifu Jamal.
 
Dalam pemasaran internet ni, kita kena buat sesuatu kerja/tugasan tu sampai jadi! Selagi tak jadi, teruskan usaha. Buat sampai jadi! Tak jadi, cari jalan sampai jadi!  

Tiada lagi hasil ? kalau kita memang dah yakin produk tu boleh dijual, kita perlu teruskan usaha marketing.

BUAT SAMPAI JADI!

BUAT SAMPAI DAPAT HASILNYA!

Kalau kita STOP AWAL, kita yang rugi.

JANGAN - pada suatu hari nanti, apabila kita berjumpa dengan orang yang dah berjaya dengan bisnes serupa seperti yang anda usahakan sebelum ni ; anda berkata;

"KALAULAH AKU TERUSKAN USAHA AKU DULU TU SAMPAI JADI/SAMPAI BERJAYA, AKU PASTI JADI MACAM BRADER NI"

Tuesday, 10 June 2014

Resepi Baulu

Teks: Norul Badri Daud
Gambar : Foto Google

Assalamualaikum w.b.t

Petang ni rajin nak update blog. Em, mata tengah layu-layuan tahan ngantuk ni.
Hari ni nak kongsi resepi kuih baulu dari bonda tersayang. Dah sedia ke, dengan pen dan kertas. Meh salin resepi ni ye.


Bahan-bahan:

1 mangkuk telur ayam
1 mangkuk gula pasir
1/2 kilogram tepung gandum
sedikit minyak
acuan kuih

Cara menyediakan:

1) Pukul telur dan gula sehingga kembang dan pekat
2) Setelah kembang asingkan sedikit dan campurkan tepung sedikit demi sedikit dalam bekas yang berlainan.
3) Kacau hingga sebati.
4) Sebelum bakar bahulu, sapukan acuan dengan minyak dan bakar sebentar untuk memanaskan acuan dan supaya adunan tak melekat.
5) Sediakan kain yang dibalut pada kayu untuk sapukan minyak ke acuan setiap kali sebelum masukkan adunan ke acuan.
6) Bakar pada suhu 200c sehingga bahulu kekuningan.
 7) Masak sehingga selesai.

Tips:

~ Bakar gula sebentar sebelum guna sehingga agak-agak hangat dan terus tuang kedalam telur. Tips ini untuk ketahanan kuih bahulu. 
Tahan sehingga sebulan tanpa pengawet.
~ Untuk meringankan kuih bahulu, panaskan dulu tepung dalam kuali agak-agak hangat juga ye.


 acuan bahulu cermai
 

telur dan gula yang dipukul sehingga kembang

sedia untuk dibakar


cara tradisional bakar baulu


tadaa.. baulu yang siap masak


siap sedia dihidangkan untuk minum petang

Cara membakarnya agak berbeza, kerana dahulu baulu dibakar menggunakan dulang yang berisi pasir dan diletakkan bara arang kayu diatas penutupnya untuk meratakan haba.
Sekarang lebih mudah, masukkan je dalam oven. Tak perlu nak kena bau asap.hihi