RESEPI BAULU

Teks: Norul Badri Daud
Gambar : Foto Google

Assalamualaikum w.b.t

Petang ni rajin nak update blog. Em, mata tengah layu-layuan tahan ngantuk ni.
Hari ni nak kongsi resepi kuih baulu dari bonda tersayang. Dah sedia ke, dengan pen dan kertas. Meh salin resepi ni ye.


Bahan-bahan:

1 mangkuk telur ayam
1 mangkuk gula pasir
1/2 kilogram tepung gandum
sedikit minyak
acuan kuih

Cara menyediakan:

1) Pukul telur dan gula sehingga kembang dan pekat
2) Setelah kembang asingkan sedikit dan campurkan tepung sedikit demi sedikit dalam bekas yang berlainan.
3) Kacau hingga sebati.
4) Sebelum bakar bahulu, sapukan acuan dengan minyak dan bakar sebentar untuk memanaskan acuan dan supaya adunan tak melekat.
5) Sediakan kain yang dibalut pada kayu untuk sapukan minyak ke acuan setiap kali sebelum masukkan adunan ke acuan.
6) Bakar pada suhu 200c sehingga bahulu kekuningan.
 7) Masak sehingga selesai.

Tips:

~ Bakar gula sebentar sebelum guna sehingga agak-agak hangat dan terus tuang kedalam telur. Tips ini untuk ketahanan kuih bahulu. 
Tahan sehingga sebulan tanpa pengawet.
~ Untuk meringankan kuih bahulu, panaskan dulu tepung dalam kuali agak-agak hangat juga ye.


 acuan bahulu cermai
 

telur dan gula yang dipukul sehingga kembang

sedia untuk dibakar

tadaa.. baulu yang siap masak

siap sedia dihidangkan untuk minum petang

Cara membakarnya agak berbeza, kerana dahulu baulu dibakar menggunakan dulang yang berisi pasir dan diletakkan bara arang kayu diatas penutupnya untuk meratakan haba.
Sekarang lebih mudah, masukkan je dalam oven. Tak perlu nak kena bau asap.hihi

1 comment:

  1. sedapnya baulu.teringat dulu nenek wat baulu tp bakar dgn arang

    ReplyDelete