Friday 19 June 2015

Alangkah nikmatnya bersahur!

Teks: Norul Badri Daud
Gambar: Sumber Google

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

Jumaat penghulu segala hari. Sudah hari ke 2 Ramadhan 1436H. 
Ada yang terlepas sahur semalam tak? Kena kunci jam biar yang kuat bunyi tu, kalau takut terlepas waktu sahur lagi. 
Alhamdulillah.
ALLAH panjangkan lagi umur kita untuk dapat bertemu dengan Ramadhan tahun ini. Terasa sangat bersyukur bila Allah masih beri peluang untuk dapat menikmati kemuliaan dan keberkatan Ramadhan. Semoga puasa dan segala amalan kita diterima oleh Allah hendaknya. Semoga iman dan amal kita akan terus mantap dan bertambah.
InsyaAllah.


Hari ni nak up semula entri yang pernah saya kongsikan dulu tentang tip-tip alangkah nikmatnya bersahur.

Alangkah nikmatnya bersahur!








Di riwayatkan daripada Abu Said Al-Khudri r.a berkata, Rasulullah s.a.w  telah bersabda yang bermaksud:

" Makan sahur itu ada keberkatan, maka janganlah kamu tinggalkan walaupun salah seorang dalam kalangan kamu hanya minum seteguk air. Sesungguhnya, Allah Azzawajalla dan para malaikat-Nya berselawat (rahmat daripada Allah s.w.t dan memohon pengampunan daripada malaikat) atas mereka yang bersahur." 
(Riwayat Ahmad).





Tip-tip bersahur:

1) minum air masak atau mineral secukupnya.

2) makan sayur-sayuran dan buah-buahan yang mencukupi (1-2 hidangan)

3) elakkan pengambilan gula yang tinggi

4) kurangkan pengambilan makanan berminyak dan berempah.

5) kurangkan minuman berkafein (seperti kopi, teh, minuman kola)

6) berus gigi selepas makan terutama selepas sahur

7) amalkan senaman ringan (reganggan, berjalan)

8) tidur atau rehat yang cukup. 

Saya sahur pagi tadi makan nasi dengan kuah sup sayur fucuk, ayam masak kicap, telur masin dan  air suam. Tambah susu secawan, untuk tenaga tambahan.

 
Jadi bolehlah ikut ye panduan mana yang sesuai. 
Semoga bermanfaat

Sumber: Buku AYUH BERSAHUR hasil tulisan Amly Asenar.

Tuesday 16 June 2015

Niat Puasa Ramadhan Serta Doa Berbuka Puasa

Teks: Norul Badri Daud
Gambar: Foto Google

Assalamualaikum w.b.t


Salam kasih sayang. Apa khabar hari ni pada kalian yang sudi singgah di blog saya ni? Doa dan harapan agar kita semua sentiasa di lindungiNYA. 

Tentu debaran didada semakin kencang, mana taknya bulan Ramadhan Al-Mubarak bakal tiba lagi. Bagi yang berniaga, debaran ini adalah dinantikan kerana bulan ini adalah bulan murah rezeki. Bulan ni juga di galakkan kita banyakkan sedekah dan amalan-amalan sunat lain, kerana pahala yang dijanjikan Allah berlipat ganda.

Menjalani ibadah puasa kenalah niat puasa Ramadhan dengan betul, bila nak buka puasa pun mesti baca doa berbuka puasa dengan sempurna. Bagi yang dah lupa macam mana nak niat, maklumlah setahun sekali baru nak tempuh puasa ni saya kongsikan dibawah.


Niat puasa esok hari & Niat puasa sebulan:






Doa Berbuka Puasa  Ramadhan:






Kelebihan Bulan Ramadhan

  • Bulan keampunan yang penuh berkat untuk hamba-hamba-Nya yang tidak pernah lari dari kesilapan dan dosa.
  • Diturunkan satu malam yang istimewa iaitu Lailatul Qadar di mana malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Digandakan pahala amalan pada malam tersebut.
  • Diturunkan petunjuk bagi manusia iaitu Al-Quran pada bulan Ramadhan. Oleh itu, kita digalakkan untuk memperbanyakkan serta menggandakan bacaan Al-Quran berserta maksudnya di bulan Ramadhan nanti.
  • Ditutup pintu neraka dan dibukakan seluasnya pintu syurga.
  • Syaitan tidak dapat menghasut manusia pada bulan Ramadhan. Namun jika masih ada kejahatan yang dilakukan ia berpunca dari nafsu diri sendiri. Mohonlah keampunan Illahi bulan Ramadhan yang mulia itu.
  • Kegembiraan orang yang berpuasa dengan ikhlas ketika Ramadhan ialah bila tiba waktu berbuka puasa kerana dia dapat menghalang dirinya daripada melakukan kejahatan.

Terdapat banyak lagi kelebihan di bulan Ramadhan nanti. Jika kita lihat maksud puasa di bulan Ramadhan itu sendiri ialah menahan diri daripada makan dan minum dari terbit fajar sehingga terbenam matahari serta perkara-perkara yang membatalkan puasa. Dianjurkan oleh umat Islam untuk tidak melakukan maksiat,tidak mengumpat serta lain-lain perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa itu sendiri walaupun kita tidak makan dan minum di siang hari.



Jadi sama-sama kita saling ingat-mengingati,memohon keampunan Ilahi atas dosa-dosa yang dilakukan sebelum ini. Jangan leka sangat dengan persiapan hari raya, raikan juga ramadhan ini sebaiknya.

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak buat muslimin muslimat semua. Semoga kita sentiasa dirahmati Allah.

Thursday 11 June 2015

Saya Kongsi Apa Yang Saya Tahu

Teks: Norul Badri Daud
Gambar: Sumber ABDR

Assalamualaikum w.b.t
Bismillahirramanirrahim.

Saya Kongsi Apa Yang Saya Tahu
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
.
Saya Norul Badri Daud, Pengurus Online Akademi Bekerja Dari Rumah.
.
Saya membantu akademi memberi maklum balas pertanyaan dan menguruskan pendaftaran pelajar.
.
Akademi ini membantu suri rumah, suri bekerjaya untuk memulakan bisnes secara online dengan menggunakan blog dan fb sebagai medium perkongsian, dan juga boleh mula belajar bisnes secara dropship untuk produk fizikal serta belajar berjualan produk digital ebook dan servis sebagai pengurus online akademi.
.
Akademi Bekerja di rumah (ABDR) ialah
> kumpulan sokongan khas untuk suri belajar basic berbisnes online
> kumpulan sokongan khas untuk suri belajar menjana pendpatan hanya di rumah
> kumpulan sokongan khas untuk suri bekerjaya menjana pendapatan secara sampingan
> kumpulan sokongan untuk mereka bergelar wahm
> platform untuk belajar berbisnes produk fizikal secara dropship dan produk digital ebook dan servis.
.


2 pakej kelas utama yang popular sepanjang tahun ialah
.
1. Kelas asas blog dan penulisan
-belajar konsisten menulis
-belajar menulis mengikut fokus produk
-belajar menulis dengan analisa tahu siapa sasaran pembaca
-pembaca ini kita tukar kepada pelanggan
.
2. Kelas asas bisnes online
-bina kedai online
-borang tempahan
-lima label utama
-pautan blog dan fanpage
-boleh juga menjual produl digital
-boleh menjual produk fizikal
-produk borong-telekung solat
-mahu simpan stok boleh, tidak mahu simpan stok juga boleh
.
Jana pendapatan tanpa perlu keluar rumah. Insya-Allah.
.
� kelas online sahaja dalam group kelas di fb
� masa belajar yang sangat fleksibel ikut masa pelajar sendiri. Tiada limit masa ditetapkan
� nota toturial bergambar lengkap disediakan
� dapat bergabung dengan lebih 1000 blogger alumni akademi yg merupakan usahwan online n wahm
� masih boleh ikuti toturial berterusan dalam kelas walaupun sudah selesai tugasan
.
Jika kalian bersedia untuk menggunakan blog sebagai medium pemasaran yang paling efektif, menjadikan blog sebagai medium perkongsian dan blog kalian mudah berada di carian google, dan mudah dijejak pembaca, jom sertai KELAS ONLINE BLOG ABDR ini.


first come, first win!!
Kalian berminat nak join?

Boleh PM saya jika dah sedia untuk pertanyaan atau pendaftaran.

Apa yang saya dapat dengan berblogging?

Teks: Norul Badri Daud
Gambar: Sumber ABDR

Assalamualaikum w.b.t
Bismillahirahmanirrahim.

Salam petang Khamis yang redup. Semoga yang terbaik untuk urusan kalian hari ni yang sudi menjengah ke sini. Terima kasih.


Apa yang saya dapat dengan berblogging?

Inilah soalan saya semasa terdetik di hati untuk memasarkan perniagaan
vitamin dan makanan tambahan di internet. Bagi saya blog memerlukan
masa yang lebih untuk mempromosikan sesuatu barang berbanding
Facebook. Tapi sebenarnya landasan dan trafik pembaca di dunia
blog amat luas berbanding Facebook, Di mana kita akan di ‘link’ ke blog-blog
yang lain dan jumlah pembaca kita akan bertambah, sekaligus menaikkan
peluang perniagaan kita.

Saya mulakan penulisan saya dalam keadaan santai kerana kelas ini tidak
mempunyai had masa yang ditetapkan. Terpulang pada masa terluang kita
untuk membina blog masing-masing Arahan yang jelas diberikan mentor
kami setiap kali tugasan yang diberikan.


Ulasan dari protege alumni abdr.

Norul Badri Daud
Pengurus Online ABDR
‪#‎janapendapatandenganakademibekerjadirumah‬

Jom sertai Kelas online asas blog dan penulisan ATAU pilih mana-mana kelas online disini:
- Kelas online asas blog dan fanpage mula bisnes
- Kelas online iklan di mudah.my
- Kelas online penulisan kreatif
- Kelas online urus akaun WAHM/SAHM/SOHO
- Pendaftaran Rakan Niaga/ Pengurus Online
- Tempahan Blog Bisness/ Blog Penulisan
- Ruang Iklan di Soho Directory


Jana pendapatan tanpa perlu keluar rumah. Insya-Allah. Kami buka pendaftaran setiap hari. Boleh mula daftar bagi yang sudah sedia