Friday 31 October 2014

Pengalaman Bisnes Dropship Tanpa Modal

Teks: Norul Badri Daud
Gambar: Foto Google

Assalamualaikum w.b.t




Bismillah. Salam Jumaat. Selamat berhujung minggu dan beristirehat bersama keluarga.

Sebetulnya idea nak menulis kat blog sekarang ni macam iklan biskut chipsmore kat tv tu, sekejap ada sekejap tak ada. Jadinya bila dah buntu tu, aktiviti atau rutin tak rasmi yang saya lakukan adalah blogwalking. Seronok bila blogwalking sebagai silent rider ni. Macam-macam blog serta blogger yang kita temui. Pelbagai ilmu baru kita temui, atau mungkin juga menyegarkan kembali apa yang kita pernah belajar.

Hihi. Terpanjang lebar pula ye, into hari ni.

Sebenarnya saya nak berkongsi cerita pengalaman pahit manis berbisnes tanpa modal ni atau sekarang lebih popular dengan istilah dropship. Seingat saya, saya bermula pada penghujung tahun 2012. Waktu tu saya cukup kagum bila google maklumat di internet, banyak maklumat pasal blogshop yang akan muncul. Dan yang menariknya, blogshop itu semua dimiliki oleh mereka yang masih muda. Saya waktu tu belum berapa nak celik lagi pasal bisnes online ni.

Saya pun mula lah jadi seperti pegawai penyiasat csi (ni kes suka tengok cerita csi kt tv la ni). Dengan kepakaran IT yang seciputnya, maka mulalah aktiviti google dan siasat sana sini. Search google cara buat bisnes tanpa modal ni. Sebab masa tu program dropship tak begitu ramai lagi orang yang tahu.

Banyak juga maklumat yang saya dapat. Kebanyakan yang buat bisnes secara online ni akan bina blogshop untuk tujuan promosi bisnes mereka. Waktu tu, media sosial lain seperti facebook, instagram & twitter masih belum begitu popular untuk promosi bines.

Saya juga teruja untuk ada blogshop sendiri. Google lagi cara bina blog, dan dengan menggunakan platform blogspot dengan mudah kita dapat bina blog sendiri. Yang penting perlu ada akaun gmail dan ikut ja arahan yang diberi.

  Yeay. Saya dah ada blog sendiri.

Bila dah ada blog, mula pula terpikir nak bisnes apa? Produk apa nak dijual?

Google lagi dan mencari pemborong yang menawarkan program dropship tadi. Ada 2 pilihan untuk program dropship. 
1. Perlu membayar yuran sebagai agen meraka
2. 100% adalah percuma sebagai agen

Bagi saya yang tak ada pengalaman lagi ni, adalah lebih selamat ambil langkah no. 2. Secara jujurnya bisnes dropship adalah pilihan terbaik dan sesuai bagi yang baru hendak mencuba-cuba mencari duit sampingan. Sebagai agen kita hanya perlu promosi produk, menguruskan tempahan dan lakukan harga modal kepada dropshipper supaya produk boleh dihantar kepada pelanggan.

Produk pilihan saya masa mula dropship tu, adalah barangan wanita seperti blouse, handbag, purse dan produk kesihatan. Saya waktu tu hanya promosikan produk di Mudah.my dan blog sahaja. Dan kenangan manisnya, bila ada yang pm dan bertanya dan berminat membuat pembelian. Saya mendapat komisen jualan sebanyak RM80 saat dapat menjual 1 purse, 3 pek rumpai laut dan sehelai blouse buat pertama kalinya. Itu sudah cukup banyak bagi saya waktu tu yang berjaya membuat jualan.

Bagusnya bisnes dropship ni mampu membantu sesiapa saja yang berminat untuk memulakan bisnes online dengan kos yang murah, risiko rendah disamping dapat menimba ilmu dan pengalaman dalam bisnes online.

Sekarang saya telah berjemaah bersama ABDR dalam bisnes dropship produk fizikal dan digital disamping produk saya sendiri.

****************************************************

Nak join dropship bersama jemaah kami? Hubungi saya.
norulbadridaud@gmail.com
https://www.facebook.com/nurrullz.daud


Thursday 30 October 2014

Ulasan Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes

Teks: Norul Badri Daud
Gambar: Sumber ABDR

Assalamualaikum w.b.t

Bismillah.
Alhamdulillah. Selamat tengahari, semoga kalian semua yang sudi singgah disini ceria sentiasa.




Entry saya kali ni nak kongsikan ulasan mengenai Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes dengan kalian semua.


Tajuk              : 101 Idea Home-Based Bisnes
Pengarang   :  Masayu Ahamd (Puan Pengasas ABDR)
Mukasurat    : 181
Kategori        : Bahasa Melayu, Bisnes
Harga             : RM50

Nak mula bisnes? Tak tahu cara nak mulakan bisnes dengan betul?
Saya yakin, kalian sekarang ada yang sedang ligat berfikir untuk menjana wang tambahan atau pendapatan pasif. Masih mencari-cari maklumat yang sesuai untuk dijadikan panduan dan pedoman dalam merealisasikan impian.

 Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes hasil tulisan pengasas ABDR iaitu Puan Masyu Ahmad. Keseluruhannya mengandungi 181 muka surat. Menggunakan pengolahan Bahasa Melayu. Perkongsian yang didedahkan mudah untuk kita fahami tanpa penggunaan ayat yang berbelit-belit dan panjang berjela-jela.

Ebook yang begitu bermanfaat dan padat dengan pelbagai info yang berguna. Penulisan yang memberi pendedahan secara menyeluruh terutamanya buat suri rumah atau sesiapa saja yang ada keinginan memulakan bisnes. Panduan untuk mereka yang ingin memulakan bisnes samada menggunakan produk digital mahupun fizikal.

10 jenis bisnes makanan, 10 jenis bisnes kreatif, 10 jenis bisnes pendidikan, 9 jenis bisnes online, bisnes perkhidmatan, bisnes kesihatan, bisnes kecantikan, malah bisnes gerai adalah antara 101 idea bisnes yang ditulis oleh penulis di dalam ebook ini.

Idea-idea ini dikecilkan pula mengikut skop kerja masing-masing. Idea ini boleh saja kita mulakan hanya dari rumah! Dari idea yang dikongsikan, kita nilai minat serta kepakaran kita.

Jika ingin memulakan bisnes tanpa sebarang modal juga didedahkan. Malah kita juga turut diberikan tips bagaimana untuk mengumpul modal tanpa perlu membuat sebarang pinjaman saat ingin mula berbisnes. Ya, ia adalah sesuai kepada mereka yang ingin mula berbisnes. Mula bisnes tanpa mencipta bersama sebarang hutang.

Menjadikan Rasululullah S.A.W  dan isteri baginda Saidina Siti Khadijah sebagai model usahawan, ebook ini turut berkongsi 30 tips lagi menjadi usahawan sukses. Disarankan kepada mereka yang bercita-cita menjadi WAHM wajib memiliki ebook ini.

Sebuah ebook yang berbaloi untuk kita miliki dengan harganya RM50. Lengkap dan padat dari mula idea bisnes dan cara kita merealisasikan untuk mencapai matlamat kita, strategi pemasaran yang hebat dan khidmat pelanggan yang baik juga menjadi kunci utama kejayaan sesuatu bisnes. Juga perkongsian pengalaman usahawan yang telah berjaya.Semuanya ini disentuh oleh penulis.

Ebook yang mampu milik dan wajib dimiliki setiap orang!

 
Ringkasan Bab Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes.
 
Bab 1: 101 Idea Home-Based Bisnes
Bab 2: Mula Bisnes Tanpa Modal
Bab 3: Rancang, Sasar Matlamat
Bab 4: Strategi Pemasaran Online
Bab 5: Strategi Pemasaran Offline
Bab 6: Operasi Dari Rumah
Bab 7: Khidmat pelanggan Online
Bab 8: Produk Digital vs Produk Fizikal
Bab 9: Strategi Pemasaran Gaya Rasulullah
Bab 10: Rahsia Bisnes Siti Khadijah
Bab 11: Pengalaman Usahawan Sukses



Kunci sudah ditangan ANDA. Nak mula atau tunggu selama-lamanya?
Selamat bertindak dan selamat maju jaya untuk mulakan bisnes.

Mana nak dapat ebook ni?
 **********************************
hubungi saya: norulbadridaud@gmail.com
whatsapp: 011-11668841
fb:https://www.facebook.com/nurrullz.daud

Friday 24 October 2014

15 TIPS bahagiakan IBU

Teks: Norul Badri Daud
Gambar: Foto Google

Bismillah.
Alhamdulillah.

Hari Jumaat yang penuh keberkatan. Ayuh, kita banyak kan berselawat, bersedekah hari ni. Semoga sedikit kebaikan yang kita lakukan menjadi asbab berkatnya hidup kita.
Memberi kebahagian kepada ibu-bapa kita juga merupakan salah satu jalan mencari keredhaan Ilahi.
 
Berikut adalah tip-tip untuk membahagiakan ibu:





 
1) Mentaati arahan mereka selagi tidak menyuruh melakukan maksiat.

2) Memberikan nafkah dan mencukupkan keperluan mereka.

3) Mengeratkan hubungan sesama ibu dan anak.

4) Mendahulukan kepentingan mereka.

5) Melakukan pengorbanan untuk mereka.

6) Bersegera menyahut penggilan mereka.

7) Bermanis muka di hadapan mereka.

8) Tidak mengatakan "ah" dan perkataan yang kasar kepada mereka.

9) Membalas jasa mereka.

10) Membawa mereka menunaikan haji di Makkah.

11) Meminta izin untuk memasuki kamar.

12) Sentiasa mendoakan.

13) Sentiasa bertanya khabar melalui telefon, surat atau perantaraan alam maya seperti e-mel.

14) Berdiri menyambut kedatangan mereka ketika bertandang ke rumah.

15) Memohon keredaan ibu bapa dan memohon maaf jika melakukan kesalahan.

Wallahu'alam.

Sumber: Gen-Q 19 (15 TIPS bahagiakan IBU).

Tuesday 21 October 2014

Hari Cuti Deepavali 2014

Teks: Norul Badri Daud
Gambar: Foto Google




Bersiaran petang kali ni. Cuaca gelap pekat kat luar sana. Hujan lebat, mujur tak ada guruh petir. Tapi gelapnya macam hari dah menginjak malam.

Perayaan Hari Deepavali atau Diwali yang sepatutnya diraikan oleh penganut Hindu pada 23 Oktober ini telah bertukar sehari lebih awal iaitu pada 22 Oktober 2014.
 
Jadinya esok cuti.yeyy. Esok boleh lah bersantai-santai dengan keluarga kat rumah. Hehe.
 
 

Mom & Baby Expo 2014 Mid Valley

Teks: Norul Badri Daud
Gambar: Foto Google


Bismillah.
Salam ceria buat semua.



Hari ni nak cerita pasal pengalaman pertama pergi Mom & Baby expo 2014 di  Mid Valley yang berlansung pada  17 - 19 October lepas. Kami pergi hari Ahad, fuhh rasanya cukuplah sekali je pergi, lepas ni babai la ekspo.

Bagi saya memang rasa sesak sangat. Nasib lah bertenaga juga, kalau tak rasanya memang dah pengsan kat tengah-tengah ekspo tu. Hehe. Dah la kena dukung si kecik yang buat perangai tak mahu jalan. Mungkin dia rimas kot tengok ramai betul orang. Rasa diri dah macam badang pulak. Hehe.



 hall yang penuh sesak

Rasanya bagi saya harga tak jauh beza sangat dengan kedai barangan bayi. Memang lah ada sesetengah barang yang dia buat promosi. Tapi tak lah banyak pun. Saya cuma grab Vitamin dari Scot's untuk anak-anak, mainan dan pampers serta kasut pre-walk baby yang cute untuk anak adik. Maaf ye, gambar  terlupa nak snap.
 
Bagi yang pertama kali nak menjadi ibu, pasti teruja apabila melihat pelbagai jenis barangan yang di promosi. Boleh rambang mata, kalau dari awal tak sediakan list. Dari sekecil-kecil barangan baby dan juga ada barangan untuk mama. Yang penting sediakan ongkos secukupnya. 

Pada yang terlepas tarikh expo tu jangan kecewa ye jangan nangis, ada lagi expo yang akan datang November nanti. Ingat tarikh tu betul-betul ye. Mula simpan duit dari sekarang, untuk borong kat sana nanti. Hehe.


ni tarikh expo akan datang


 mamy poko pun ada nanti

Salam sayang. Sampai jumpa lagi.

**************************************************************************************************************************

Monday 20 October 2014

Jangan Berhenti Kerja Dulu!

Teks: Norul Badri Daud
Gambar: Foto Google




Bismillah.
Alhamdulillah. Permulaan pagi Isnin yang indah dan ceria. Jangan malas  malas ye.
Selamat memulakan tugas untuk hari ini.

Jangan berhenti kerja lagi… Sabar dulu...

Ayuh kita mulakan langkah pertama dengan hanya menjalankan bisnes secara online sahaja. Mula dulu dengan dropship. Gunakan fb dan blog sebagai medium pemasaran yang paling efektif. Bagi yang ada kepakaran tertentu, gunakan blog untuk berkongsi ilmu kita untuk manfaat pembaca. Mana tahu, satu hari nanti, apa yang kita kongsikan di blog itu sangat bernilai. 

Buat dahulu secara sambilan, sudah ada pendapatan konsisten dari pendapatan sambilan dan cukup persediaan barulah berhenti jangan gesa-gesa dahulu.
************************************************************************

TINDAKAN IMPAK PALING BERKESAN untuk kita BERJAYA

************************************************************************
 Pilihan kelas yang dianjurkan oleh AKADEMI BEKERJA DI RUMAH :
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
-produk sendiri
-dropship makanan sunnah
-dropship produk makanan
-dropship telekung solat
-dropship produk islamik
3. Kelas beriklan mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif
5. Pendaftaran pengurus online
6. Pendaftaran kelas urus akaun wahm soho
7. Tempahan blog bisnes/blog penulisan-siap 3 hari
8. Kelas penulisan ebook


Kenapa kelas ini diadakan? Inilah sumbangan kami terhadap wanita dan suri rumah baik yang bekerja di luar mahupun di rumah saja. Kami sedia membantu anda untuk menyampaikan ilmu di blog atau berniaga online melalui blog dengan teknik yang betul. Blog adalah medium percuma dan akan menjadi luar biasa hebat apabila bergabung dengan teknik content writing yang tepat.



NurRullz Daud
Pengurus Online ABDR
http://norulbadridaud.blogspot.com/




Saturday 18 October 2014

Apa blogger buat hari minggu?

Teks: Norul Badri Daud
Gambar: Foto Peribadi

Bismillah.



Alhamdulillah. Bersua lagi pagi ni. Selamat berhujung minggu bagi negeri yang bercuti hari Sabtu dan Ahad.

Pasti ada yang masih lena diulit mimpi ni. Hehe.

Tak pun ada yang dah keluar berjogging bersama-sama family. Masa untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Lepas jogging pergi lepak minum kat kedai mamak pula bercerita dan bergurau senda.Hehe

Hari ni saya tak kemana-kemana. Hanya bercuti di rumah sambil melayan anak-anak. Bersantai-santai bersama mereka sambil melayan pelbagai karenah. 
Ada yang mama nak minum air, mama nak pakai baju, nak mama itu, mama ini. Hehe. Perlu ada kesabaran dalam melayan ragam mereka. Walau apapun saya suka melayan karenah mereka.

Apa pula aktiviti kalian hari ni? 

Selamat menikmati cuti hujung minggu.

***************************************************************************
Sedang dalam proses membuat projek d.i.y dari bahan terbuang.

***************************************************************************
Inshaallah. Jika berhasil nanti saya akan kongsikan disini ya.


Friday 17 October 2014

Halangan apabila mahu berubah

Teks: Norul Badri Daud
Gambar: Foto Google

Bismillah.


Alhamdulillah.
Dapat bersiaran petang Jumaat ni. Sebetulnya sekarang ni tengah mengantuk dan blur sangat nak update blog. Idea tak mahu muncul kat otak ni. Hehe.

Oleh itu, masa yang ada sekarang adalah untuk blogwalking ke blog rakan-rakan seperjuangan dalam ABDR. Moga-moga dapat diambil sebagai panduan dan rujukan dari perkongsian kalian. Begitu cepat masa berlalu, sedar tak sedar komuniti dalam akademi bekerja dari rumah (ABDR) semakin terus berkembang.

Sewaktu saya mula mengambil tindakan pertama untuk bersama-sama akademi bekerja dari rumah (ABDR) bilangan ahli atau protege hanya lah seramai 600 orang. Namun kini semakin ramai suri rumah dan wanita bekerjaya yang ingin turut bersama-sama kami dalam jemaah ABDR. Banyak ilmu baru yang saya perolehi dengan perkongsian dari jemaah ABDR.

Walau ada halangan yang mengganggu perjalanan apabila mahu berubah, saya tetap bersemangat.

Tahniah kepada pengasas puan Masayu Ahmad, barisan guru-guru online yang gigih memperkenalkan ABDR, terutama guru online saya Pn. Anys Idayu. Walau kita tak pernah bersua muka. Jasa kalian tetap subur dihati.

Selamat berhujung minggu bagi negeri yang bercuti hari Jumaat dan Sabtu.

**************************************************************************************

Wednesday 15 October 2014

Andai alam ini hanya hitam dan putih

Teks: Norul Badri Daud
Gambar: Foto Google

Assalamualaikum w.b.t



Bismillah. 
Bersua lagi pagi Rabu. Terima kasih pada kalian yang sudi singgah di sini. Tempat dimana kalian berehat seketika di alam maya, di dunia blog yang sungguh pelbagai ragam ini.

Ceriakan diri kita, janganlah sentiasa dibebani tekanan dan kesibukan. Sungguh indah alam ini. Dipenuhi dengan pelbagai warna. Tidak terbayang andai alam ini hanya hitam dan putih. Pasti seperti di dunia filem P.Ramlee. Hehe. Pejam mata dan cuba kita bayangkan sejenak.



Nikmati dunia yang indah dan berwarna-warni ini. Cari ruang buat diri kita untuk berehat walaupun hanya seketika. Betapa bertuahnya kita hidup di bumi yang aman lagi mempersonakan ini. 

Jika masih merasa tertekan, mohonlah dan berdoalah pada yang Maha Esa. Hanya Dia yang dapat memberikan kita ketenangan. Sesungguhnya, segala tekanan dan kesibukan itu adalah kurniaan dariNya. Hikmah dari Ilahi agar kita sentiasa mengingati dan memohon hanya dariNya agar dipermudahkan segala urusan.

Bersyukur dengan nikmat dan anugerah yang tidak ternilai dari yang Maha Esa. 
Keindahan warna-warni alam dan kehidupan, penyeri dan pencetus keceriaan serta ketenangan. InshaAllah.

********************************************************************
Mahu tahu mengenai ABDR? Email pertanyaan pada saya.
norulbadridaud@gmail.com
 

Thursday 9 October 2014

Kalau aku kaya

Assalamualaikum w.b.t
 
Bismillah.
 
Ini kisah apabila kita tiba-tiba mendapat durian runtuh. Aku kaya. Aku kaya.

Cik Kiah baru sahaja mengeluarkan wang dari akaun KWSP nya untuk pengeluaran umur 55 tahun. Banyak sungguh aktiviti cik kiah usahakan bermodalkan wang KWSP tadi. Cik Kiah join bisnes MLM. Cik Kiah pergi bercuti ke destinasi percutian impian. Nampaknya Cik Kiah benar-benar menikmati hari-hari persarannya. Beberapa bulan kemudian, kelihatan Cik Kiah kembali bertugas tetapi kali ini sebagai pengawal keselamatan. Risik punya risik rupanya wang Cik Kiah kehabisan dan projek yang diusahakan gagal.

Seorang lagi pula pekerja syarikat swasta yang mengambil pilihan untuk diberhentikan dan menerima wang pampasan (VSS). Berbekalkan wang itu, Encik Osman pula bergaya bagaikan orang kaya baru. Segalanya serba baru bagi beliau. Beli kereta baru, beli barang-barang kehendak idaman beliau, isteri dan anak-anak. Tidak beringat lagi tentang masa hadapan.

Atau pernahkah kita sendiri menerima sebarang duit terpijak dan akhirnya duit lesap begitu sahaja. Keadaan hidup sebelum mendapat wang dengan selepas mendapat wang adalah sama. Peluang yang ada disia-sia. Barulah kemudiannya rasa sesal datang kerana tersalah belanjakan wang tadi. Barulah merancang kalau dapat wang terpijak lagi, akan diurus dengan berhemah. Tetapi entah bilanya akan dapat peluang sebegitu lagi.
Sebenarnya ini adalah keadaan di mana kita tidak bersedia menjadi kaya. Jangan terkejut. Bukan masa menghadapi kesusahan sahaja perlu pelan tindakan . Menjadi senang juga perlu pelan tindakan. Apabila dapat sahaja sejumlah wang, perkara pertama yang kita fikir adalah apa hendak dibeli dan bagaimana lagi wang ini harus dibelanjakan. Minda menjadi begitu kreatif.

Mengetahui yang kita bakal menerima sejumlah wang yang besar, adalah penting merancang mengurusnya dengan baik. Sudah tentunya ada bahagian yang perlu disimpan dan ada bahagian untuk dibelanjakan. Tentukan "wishlist" iaitu senarai kehendak yang ingin dipenuhi seperti beg tangan isteri, jam tangan berjenama untuk diri sendiri mahupun percutian idaman untuk dipenuhi. Dalam masa sama laburkan untuk dapat lebih lagi. Pastikan kehidupan kita berubah dengan peluang kekayaan yang diberi. Walau tidak banyak, tetap ada perubahan menjadi lebih baik. Jangan kaya sekejap sahaja.

Singgah sini http://norzalinahamzah.blogspot.com/
Kelas Asas Blog Dan Penulisan.
 
**********************************************************
Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan penulisan.
a. Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
b. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
c. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum.
d. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
e. Bergabung dengan lebih rami blogger-lebih kurang 600 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.
f. Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
g. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
h. Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.
Jika kalian berada dalam salah satu kategori di atas, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan. Analisa dahulu sebelum masuk kelas. 
 
Boleh pm atau mesej inbox apabila sudah bersedia.
www.norulbadridaud.blogspot.com
norulbadridaud@gmail.com 

Wednesday 8 October 2014

Blog sebagai medium perkongsian ilmu

Assalamualaikum w.b.t

Bismillah.




Sejujurnya saya tidak pasti sama ada kisah-kisah ini sengaja dibuat-buat atau kisah benar dalam kehidupan seseorang. Yang penting matlamatnya adalah satu iaitu memberi kesedaran kepada ibubapa supaya memberi perhatian yang lebih kepada anak-anak terutama bagi anak-anak yang masih kecil.

Membaca kisah itu membuatkan saya terpanggil untuk berkongsi kisah kehidupan saya mengurus dan menjaga 4 orang anak-anak yang masih kecil tanpa suami di sisi. Jangan salah faham ye. Suami ada tetapi bertugas di Terengganu. Jadi, kebanyakan masa saya menguruskan anak-anak dan rumah tangga sendirian. Suami saya akan pulang setiap hujung minggu tanpa gagal. Namun, agak sukar juga kerana hujung minggu kami tidak sama. Suami berhujung minggu pada hari Jumaat dan Sabtu, manakala saya pula pada hari Sabtu dan Ahad. Sabtu adalah hari untuk kami beraktiviti bersama.

Allah kurniakan kami dengan 4 orang cahaya mata dalam usia perkahwinan yang masih muda. Khalis 5 tahun, Iman 4 tahun, Aleeya 2 tahun dan Aneesa 9 bulan. Alhamdulillah. Walaupun jarak antara satu dengan yang lain sangat rapat iaitu antara 1 tahun ke 2 tahun, namun kami bersyukur kerana ini adalah rezeki dan nikmat yang tidak semua orang boleh perolehi.
Bila saya ceritakan saya menjaga anak sendirian tanpa pmbantu rumah, ramai yang melahirkan rasa kagum. Wow! You are superwoman, supermom, mama kental dan lain-lain jolokan yang diberikan. Hakikatnya hanya saya sahajalah yang tahu betapa kelam kabut untuk menguruskan anak-anak yang masih kecil sendirian.

Ada juga yang bertanya. Tidak stress kah? Saya rasa orang yang bertanya sudahpun tahu apa jawapannya kan. Bila anak yang ini menangis nak susu, yang itu pula berteriak kerana berebut mainan. Yang sana menconteng dinding, yang sini pula sibuk menyepahkan mainan serata rumah. Saya memasak di dapur, ruang tamu sudah tunggang langgang semula. Saya mengemop lantai, mereka tumpahkan air di atas meja pula. Kalau begini keadaannya setiap hari, tidak stress kah? Belum lagi cerita urusan rumahtangga lain yang sememangnya perlu dilakukan oleh saya sendiri.

Sebagai manusia biasa saya tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Seringkali saya menjerit pada anak-anak. Saya tidak pernah memukul. Sekadar mengacah-acah adalah. Tetapi, kalau diikutkan rasa hati, memang teruk anak-anak saya belasah. Hilang sabar juga kadang-kadang. Lama-kelamaan saya rasakan tidak guna saya menjerit memarahi mereka. Kerana setiap kali saya marah anak-anak, akan terbit rasa bersalah dalam hati terutama ketika menatap wajah anak-anak yang sedang tidur. Rasa kesal kerana tidak dapat mengawal amarah. Akhirnya saya tidur dalam keadaan sedih dan kesal.

Saya banyak membaca mengenai tips-tips keibubapaan terutama berkenaan bagaimana untuk mengawal marah ketika anak-anak buat perangai, cara berkomunikasi dengan anak-anak supaya tiada yang rasa terasing dan juga cara untuk mengawal keadaan anak-anak di samping membuat urusan rumah tangga yang lain.
Untuk saya ulaskan satu persatu, memang tidak pandai. Saya bukanlah pakar dalam bab ini. Tetapi saya boleh berkongsi apa yang saya lakukan dan bagaimana komunikasi saya dengan anak-anak.

Sebagai contoh, apabila dalam keadaan kelam kabut menguruskan anak-anak dan tugasan harian, saya ajak anak-anak untuk turut sama atau participate dalam urusan berkenaan. Khalis, anak yang sulong walaupun baru berusia 5 tahun, namun sudah boleh diharap untuk menolong mamanya. Sekadar kerja-kerja yang mudah seperti tolong buang pampers adik dalam tong sampai, pungut mainan yang bersepah, tolong ambilkan barang-barang dan lain-lain. Kadang-kadang adik-adik yang lain juga turut berebut-rebut membantu. Ini kerana saya cuba wujudkan suasana seronok ketika membantu saya seperti buat pertandingan atau games siapa cepat pungut mainan dia menang. Cepat sahaja bersih tempat bermain. Sudah selesai semuanya jangan lupa ucapkan terima kasih sebagai menghargai pertolongan mereka. Boleh juga sekiranya diberi ganjaran seperti coklat atau gula-gula. Pasti mereka suka untuk membantu di lain masa.

Pelukan ibu atau ayah sebenarnya sangat menenangkan. Itu yang saya cuba praktikkan setiap kali selepas memarahi anak terutama sekiranya saya terlebih marah. Apabila dah reda, saya akan peluk mereka. Cium mereka. Gosok belakang mereka. Dengan perlahan bisikkan di telinga mereka yang mama minta maaf. Jelaskan kenapa kita marah. Insyaallah walaupun anak itu sebenarnya tidak faham namun kemarahan, sakit hati atau rasa benci akan hilang. Saya suka suruh anak-anak senyum selepas memujuk mereka. Dan akhirnya mereka akan kembali ceria.

berkenalan dengan penulis blog, Rahimah Omar
Kelas blog penulisan / Pengurus Online Akademi
Blog Puan Peguam, berkongsi kisah kehidupan Suri Bekerjaya
Jejak beliau di sini http://mrsrahimahomar.blogspot.com/


*************************************************************************

Pendaftaran untuk kelas online dibuka setiap hari. Baca dan fahamkan dahulu kategori kelas, kemudian pakej yuran, kemudian jejak dahulu rakan-rakan yang sudah sertai kami. Apabila sudah fikir barulah buat keputusan ya. Tidak ada paksaan, dan buatlah keputusan dengan rasional mengapa perlu kalian sertai kelas.


Akademi Bekerja Di Rumah menawarkan kelas-kelas berikut :

1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog, fan page dan mula bisnes.
- produk sendiri
- dropship makanan sunnah
- dropship telekung solat
- dropship produk makanan
- dropship produk islami
3. Kelas asas blog dan penulisan kreatif.
4. Kelas beriklan mudah.my.
5. Kelas asas urus akaun wahm/soho-daftar-
Bengkel offline- 11/10/14 shah alam
Kelas Online 1 sesi untuk hari Ahad, 20/10/14
6. Kelas penulisan ebook pertama - online dan offline
7. Pendaftaran pengurus online
8. Kelas asas wordpress

 
Bila sudah sedia untuk sertai ABDR, boleh hubungi saya.

norulbadridaud@gmail.com