Friday 30 May 2014

Belajar blog bersama ABDR

Teks: Norul Badri Daud
Gambar: Foto Google

Assalamualaikum w.b.t
Bismillah.




Salam petang Jumaat yang penuh barokah. 
Selamat berhujung minggu bagi yang bercuti hari ni. Sedang berehat dirumah tu boleh lah luangkan masa sebentar baca entri saya ni ye. Hihi.
 
Ingin menjana pendapatan di rumah? Dari melayari internet tanpa hala tuju, marilah bersama kami di ABDR. Sambil belajar bagaimana buat blog, anda juga boleh menjana pendapatan melaluinya. Sesuai bagi surirumah yang ingin menjana secara part time atau full time. Sesuai juga bagi mereka yang ingin mencari tapak perniagaan. Kami menyediakan tapak iklan untuk anda. PM saya untuk keterangan lanjut.
 
Email: norulbadridaud@gmail.com
sms/whatsapp : 011-11668841 

Apa itu ABDR?


Apa itu ABDR
-akademi bekerja di rumah
-komuniti sokongan ibu bekerja dari rumah
-bukan persatuan
-jaringan kerjasama antara wahm

macammana tu?
-bagi yang tidak tahu mula mahu belajar menjana pendapatan
-boleh mula dengan belajar penjenamaan diri melalui blog
-belajar bina 'follower' sendiir
-ia dari pembaca
-bertukar kepada pelanggan

macam mana lagi ya?
kelas online diperkenalkan untuk membantu surirumah bermula dengan wang pelaburan minima, dari situ belajar untuk urus wang, urus aliran tunai, belajar bagaimana wang minima itu boleh dikembangkan kepada sasaran paling assas 4 angka sebulan

-kenapa 4 angka?
-Sekarang ini kalau pendapatan harian RM20, RM50 tidak cukup, jadi sekurangnya belajar dapatkan RM100 harian, ya harian dapat RM3k sebulan itu adalah masih miskin jika di bandar besar, miskin

apa lagi?
11 guru online akan membantu

apa lagi?
bagi blog yang sudah lama ada tetapi tidak menjana pendapatan, boleh mendaftar semula dan aktifkan penulisan dan raih sumber kewangan darinya.

Lagi?
baca dulu di sini www.akademibekerjadirumah.com

Untuk menjadi salah seorang daripada alumni akademi bekerja di rumah, boleh hubungi saya untuk pentanyaan lanjut

Pm saya jika kalian dah bersedia.
Nurul 011-1166841
Email- norulbadridaud@gmail.com
 

Thursday 29 May 2014

Bahulu ikan dan kerepek jejari udang

Teks: Norul Badri Daud
Gambar: Foto Peribadi


Assalamualaikum w.b.t
Bismillah.


BAHULU IKAN

1 PEKET (BESAR) = RM 15/13pcs
1 PEKET (KECIL) = RM 7.50/6pcs
 JEJARI IKAN
1 PEKET =  RM 15 (1kg)
1 PEKET = RM 6 (400gm)
 
=========================================================================
Kategori suri yang ingin belajar, berdasarkan apa yang ditanya.
1. Mahu meluaskan produk di pasaran online. Suri ini perlu belajar menjual di fan page dan juga di blog. Siapkan borang tempahan produk, dan gabungkan blog dan fanpage sebagai satu saluran kedai online. Bina asas ini, untuk belajar proses jual beli, dan tapak asas itu boleh dinaik taraf kepada website shopping cart apabila sudah maju.

2. Mahu belajar teknik pemasaran melalui tulisan dan mempunyai blog berpengaruh. Semua orang sudah pandai menulis, tetapi tidak tahu teknik yang betul untuk membina blog yang berinformasi. Suri kategori ini perlu belajar asas blog dan penulisan untuk membina blog berpengaruh.
Pilihan kelas yang dianjurkan oleh AKADEMI BEKERJA DI RUMAH :
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif
5. Pendaftaran pengurus online
6. Pendaftaran kelas urus akaun wahm soho
7. Kelas blog borong telekung solat
8. Kelas penulisan ebook

Servis yang kami tawarkan
1. Tempahan blog bisnes/blog penulisan-siap 3 hari
2. Beriklan di soho directory

Kenapa kelas ini diadakan? Inilah sumbangan kami terhadap wanita dan suri rumah baik yang bekerja di luar mahupun di rumah saja. Kami sedia membantu anda untuk menyampaikan ilmu di blog atau berniaga online melalui blog dengan teknik yang betul. Blog adalah medium percuma dan akan menjadi luar biasa hebat apabila bergabung dengan teknik content writing yang tepat.

Pm saya jika kalian dah bersedia.
Nurul 011-1166841
Email- norulbadridaud@gmail.com

Wednesday 28 May 2014

Selamat Hari Rabu

Teks: Norul Badri Daud
Gambar : Foto Google

Assalamualaikum w.b.t
Bismillah.






Salam Rabu semua. Selamat bekerja pada yang bekerja. Selamat bercuti pada yang bercuti. Ada yang merancang perjalanan jauh? Semoga kalian selamat tiba ke destinasi ya.

 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 Email pilihan untuk kali ini.

 Pn, saya memang sangat2 nak bekerja dari rumah, nk buat bisnes sendiri, nak jaga anak sendiri. Tapi bila fikir-fikir kalau berhenti kerja, tiada pula duit tampungan perbelaanjaan keluarga. Apa yang patut saya buat mula-mula sekali, saya tak nak lengah-lengah lagi. Mesti kena bertindak cepat.

Jawapan :
ok, baik sekarang ini, jangan berhenti dahulu. Buat dahulu secara sambilan, sudah ada pendapatan konsisten dari pendapatan sambilan dan cukup persediaan barulah berhenti, jangan gesa-gesa dahulu. Saya sarakan mula dengan PENGURUS ONLINE AKADEMI dan mula dengan kelas bisnes dulu, dan puan belajarlah dengan konsisten dan mula fokus dari awal jana pendapatan RM100 sehari, melalui produk informasi-iaitu tak perlu keluar rumah pun, atas talian sahaja.

****************************************************
Bagi mereka yang alami situasi seperti ini, boleh mula daftar sebagai pengurus online akademi

* Hanya daftar dengan yuran RM200 - yuran pendaftaran pengurus online akademi

* Bonus 4 ebook (ebook belajar asas blog - ebook rujukan utama membina blog, ebook super wahm supermom perkongsian kisah sebenar wahm yang mula bekerja dari rumah, ebook panduan mula bisnes butik - panduan untuk membuka butik, dan ebook 101 idea home based bisnes cari idea untuk memulakan bisnes secara online dan panduan sebelum memulakan)

* Dapat belajar membina blog dalam kelas blog bisnes. Belajar hasilkan blog rakan niaga

* Blog tersebut boleh digunakan untuk produk sendiri juga.

Setelah mendaftar dan menghasilkan blog, kalian akan dibimbing bagaimana untuk mula mempromosi produk akademi - iaitu produk digital ebook, pakej sewaan iklan, dan kelas online/ bengkel anjuran akademi bekerja dirumah. Mula belajar promosi produk ini melalui blog dan facebook.

Komisen akan dibayar secara terus kepada kalian, melalui pendaftaran pelajar ke kelas online/bengkel, atau belian ebook atau tempahan iklan. Kalian akan diajar bagaimana hendak mula menjana pendapatan dari RM50-100, untung bersih dengan hanya mempromosi produk akademi.

Ini bukan omongan kosong, kerana sudah ada pasukan pengurus online akademi yang beroleh hasil seperti ini. Tapi dengan syarat utama, ikut apa yang telah diajar, mula praktik, mula promosi, dan yang lebih penting berserah pada Allah swt atas semua daya usaha yang telah dilakukan.

Pendaftaran dan pertanyaan boleh terus melalui saya :
NurRullz Daud



Dunia tanpa sempadan

Teks: Norul Badri Daud

Assalamualaikum w.b.t
Bismillah.

Alhamdulillah jalan raya sudah mulai lengang. Rupanya hari ni sudah mula cuti sekolah ya. Selesa memandu awal pagi kalau laluan bergerak lancar.

Dunia tanpa sempadan, belajar dan timba ilmu hanya atas talian. Jangan hadkan pemikiran kita dengan alasan SUSAH dan MALAS. Apa benda yang kita buat pun memang ada kepayahan jika baru hendak bermula. Belajar ses
uaikan diri, banyak bertanya Insya Allah perkara susah jadi mudah.

Mahu timba ilmu atas talian. Belajar dan dapat jana pendapatan melalui kelas-kelas pilihan di akademi bekerja di rumah.

1. kelas blog penulisan
2. kelas blog fanpage mula bisnes
3. kelas beriklan di mudah.my
4. kelas penulisan kreatif
5. pendaftaran pengurus online
6. bengkel urus akaun bisnes
7. kelas penulisan ebook
8. kelas blog borong telekung solat
9. pendaftaran projek duit raya

servis yang kami tawarkan
1. Tempahan blog bisnes/peribadi
2. Beriklan di soho directory

Hubungi saya bila sudah sedia untuk belajar dan menjana pendapatan


Nurrullz Daud
www.norulbadridaud.blogspot.com
sms/whatsapp : 011-11668841


Tuesday 27 May 2014

Selamat Pagi, Jom Sarapan Ringkas

Teks: Norul Badri Daud
Gambar: Foto Peribadi

Assalamualaikum w.b.t
Bismillah.



Baru sempat update entri untuk pagi ni. Selepas siapkan tugasan yang perlu. Pagi tadi sebelum ke pejabat teringin nak makan roti bakar bersama telur separuh masak. Em, tengok kat dapur ada pula bahan, boleh lah buat sarapan tu. Sungguh simple dan enak.yummy.yummy. Arif pun suka dapat makan pagi tadi.

Monday 26 May 2014

Bagaimana Mahu Mendapat Pengunjung Yang Ramai

Teks: Norul Badri Daud
Gambar: Foto Google


Assalamualaikum w.b.t
Bismillah.


Santai petang hari dengan cuaca sejuk kerana hujan di luar sana.
Treett..treettt bunyi hp dapat whatsapp dari pelanggan ulangan yang nak oder kerepek jejari udang dan kuih bahulu ikan. Alhamdulillah, rezeki kurniaan Allah. Walaupun tak banyak yang ditempah, yang pastinya dapat ulangan oder.

Jom sertai kami bergabung bersama 700 blog bagi membina asas dalam pembinaan blog seterusnya mampu menjana pendapatan sampingan. Sesuai buat kalian yang masih bekerja atau bergelar suri rumah.

  • Mereka yang ingin memulakan perniagaan Internet tetapi tidak tahu di mana dan bagaimana hendak bermula
  • Usahawan sedia ada yang ingin mendapat pasaran dan keuntungan yang lebih lagi melalui Internet dan Media Sosial
  • Kalian yang menjalankan perkhidmatan dan ingin dapatkan lebih ramai prospek dan pelanggan
  • Kalian yang bekerja dan ingin memulakan perniagaan secara separuh masa dari rumah
  • Suri rumah yang ingin menjana pendapatan tambahan pada masa lapang di rumah
  • Mereka yang sudah mencuba perniagaan Internet tetapi tidak berjaya menjana pendapatan yang baik
Pm saya jika kalian sudah bersedia bersama kami di ABDR.
http://norulbadridaud.blogspot.com/
Email: norulbadridaud@gmail.com
Sms/whatsApp : 011-11668841
https://www.facebook.com/nurrullz.daud

Kerepek Jejari Udang

Teks: Norul Badri Daud
Gambar: Foto Peribadi


Assalamualaikum w.b.t
Bismillah.






Alhamdulillah.
Syukur, sejuknya hari ni kat pejabat. Hujan mencurah-curah diluar sana. Gelap kelam cuaca kerana hujan diikuti guruh yang kuat.

Sambil buat kerja yang hampir siap, berehat sebentar menikmati minum petang teh o panas dicicah bersama biskut gula. Fuh, sedapnya hujan-hujan macam ni.

Hari ni nak upload gambar kerepek jejari udang yang sesuai dijadikan kudapan sewaktu menonton tv, atau kudapan dimana saja yang kalian suka. Kerepek ni memang sedap, tak pedas sangat dan rangup. Kanak-kanak pun pasti suka.

Berminat untuk tempahan pm saya.
www.norulbadridaud.blogspot.com
email: norulbadridaud@gmail.com
sms/whatsapp: 011-11668841
https://www.facebook.com/nurrullz.daud

 

Thursday 22 May 2014

Santai sambil baca buku

Teks: Norul Badri Daud
Gambar: Foto ABDR






Hujan lebat diluar sana. Pada yang duduk bersantai-santai di rumah tu masa hujan macam ni mesti bestkan. Dapat tarik selimut, peluk bantal cuaca sejuk hujan macam ni. Kalau tak pun ada suri yang sibuk buat menu petang untuk di hidang dengan kopi o, fuhh mesti best.

Apa kata sambil tarik selimut peluk bantal tu meh layan ebook yang baru dan penuh informasi. Dapat juga menambah ilmu di dada.


Yang sedang simpan impian nak berhenti kerja, boleh baca dulu perkongsian Pn Azura Abdullah bagaimana Bekerja dan Berniaga. Mula dulu secara sambilan, selepas sudah konsisten duit masyuk baru hantar surat berhenti.

Pre oder ebook ini sekarang!
Dengan harga RM50, anda dapat ebook bonus 101 Idea Homebased Bisnes bernilai RM50. Yang bayar lepas 20 Jun 2014, tak dapat ebook bonus ya.

Oder sekarang.

Tempah disini: http://norulbadridaud.blogspot.com/p/blog-page_24.html


Hangat Mentari Pagi

Teks: Norul Badri Daud
Gambar: Sumber Google

Assalamualaikum w.b.t
Bismillah.




Selamat datang Matahari Pagi
Kau datang mengawali langkahku
Sinarmu yang Hangat memberi Semangat
Semoga hari ini menjadi ceria
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah peluang bersama jemaah akademi bekerja di rumah. Tak dinafikan semua orang pandai buat blog. Hanya google sahaja di internet boleh belajar buat free sahaja. Tapi peluang untuk bergabung bersama 700 blog alumni akademi, yang semakin hari semakin bertambah. Sangat membantu menarik pembaca singgah dan baca blog kita. Dari penulisan yang betul kita dapat beljar cara menukar pembaca kepada pembeli.
Itulah kelebihannya "berjemaah lebih baik dari sendiri"

Pendaftran mana-mana kelas pilihan dibuka setiap hari. 

 1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog fanpage mula bisnes
3. Kelas penulisan kreatif
4. Kelas penulisan ebook pertama
5. Kelas akaun online/offline
6. Kelas asas wordpress
7. Kelas borong telekung solat
8. Kelas iklan mudah.my
9. Pendaftaran pengurus online
10. Tempahan blog bisnes


Terkini dapatkan dua ebook dengan harga promosi, ebook bekerja dan berniaga. Ebook ini khusus memberi panduan untuk kalian yang masih bekerja dan mahu berniaga.


Pm saya jika kalian sudah bersedia.
http://norulbadridaud.blogspot.com/
Email: norulbadridaud@gmail.com
Sms/whatsApp : 011-11668841

https://www.facebook.com/nurrullz.daud

Wednesday 21 May 2014

Cool Jer Arif

Teks: Norul Badri Daud
Gambar: Foto Peribadi

Assalamualaikum w.b.t
Bismillah.



Hari minggu yang lalu kami sekeluarga ke jemputan kenduri kahwin sahabat en. suami. Majlis kenduri adik iparnya, yang berlangsung di Dewan Komuniti Manjalara Kepong. Kami sampai sana dalam keadaan hujan renyai-renyai.

Em, nasiblah tak lebat sangat, kalau tak segan je nak masuk majlis dengan pakaian basah. Inilah kalau tak disediakan payung dalam kereta, waktu kecemasan macam ni kan dah susah.

Kami sampai sana dalam jam 1.30 petang kerana berpusing-pusing mencari lokasi. Perut dah mula berkeroncong minta diisi. Sampai je, bersalam-salaman dengan ibu pengantin kami terus masuk ke dewan mencari tempat duduk dan mengambil makanan.

Persandingan belum bermula, sempatlah anakku Zahraa yang sibuk dari awal sampai mencari-cari pengantin nak tengok nanti. Lebih kurang sepuluh minit kami disitu pengantin pun berarak masuk ke pelamin. Suka anakku dapat melihat pengantin baru.

Tak sempat snap gambar masa dalam dewan makan. Hihi, kes lapar sungguh ni. Lebih kurang setengah jam disana kami pun meminta diri dari sahabat en. suami. Kami tak terus pulang ke rumah, sebaliknya membawa anak-anak berjalan di shopping mall KL Festival City, Setapak. Sebelum sampai sana singgah sebentar di kedai gunting rambut, untuk kemaskan rambut anakku yang sulung. Tapi si Arif pun dah panjang rambutnya jadi en.suami pun suruh  tukang gunting tu kemaskan juga rambut Arif.

Tengoklah gelagat Arif, cool je. Selalunya ibu yang kena meriba bila nak gunting rambut, tapi baik pula moodnya hari itu. Tu yang kami semua tersenyum tengok gelagatnya.





 





=========================================================================
Kelas ini sangat sesuai untuk mereka yang sudah ada blog, tapi tidak konsisten update blog. Belajar dan lati menulis secara konsisten dalam kelas asas blog penulisan.

Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan penulisan.


a) Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.

b) bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca /bakal pelanggan.

c) Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum.

d) Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.

e) Bergabung dengan lebih ramai blogger-lebih 600 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.

f) Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis blog.

g) Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.

Jika kalian berada dalam salah satu kategori di
atas, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan.

Jangan Kecundang Saat Diuji

Teks: Norul Badri Daud
Gambar: Sumber Google

Assalamualaikum w.b.t
Bismillah. 



Alhamdulillah.
Hari yang redup dan tenang.
Sesekali didalam hidup kita pasti diuji Allah. Bentuk ujiannya juga sudah tentu berbeza antara satu sama lain. Ujian yang Allah berikan kepada kita tentu ada sebab musababnya.

Ada ujian yang mengajarkan kita supaya menjadi insan yang sabar, berusaha untuk tabah dan ada juga ujian yang diberikan untuk menyedarkan kita bahawa hidup ini hanyalah sementara.

Ujian Allah bukan sahaja dalam bentuk kesusahan kerana ada juga ujian yang diberikan dalam bentuk kesenangan hidup. Kita sengaja diuji dengan harta yang bertimbun dan kedudukan yang mantap untuk melihat sejauh mana rasa syukur kita atas nikmat kurniaan-Nya. Juga sejauh mana kita mampu mengendalikan kesenangan yang diberikan itu untuk membantu orang lain.

Untuk itu kita haruslah sering bermuhasabah diri dan bertanya `adakah  apa yang aku miliki ini, satu bentuk ujian dari Allah? Jika kita sedar perkara itu, pasti kita selalu menggunakan apa yang kita miliki atau kesenangan yang kita kecapi itu untuk tujuan kebaikan juga.

Kita juga harus merenung diri. Jangan terleka atau mabuk dek manisnya madu kesenangan yang dilimpahkan kepada kita dan jangan merana saat diuji kesusahan kerana dalam setiap ujian pasti ada hikmah sesuai dengan ujian itu.

Semoga perkongsian ilmu yang sedikit, memberi manfaat buat kita semua.

==========================================================================

Kelas ini sangat sesuai untuk mereka yang sudah ada blog, tapi tidak konsisten update blog. Belajar dan lati menulis secara konsisten dalam kelas asas blog penulisan.

Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan penulisan.


a) Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.

b) bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca /bakal pelanggan.

c) Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum.

d) Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.

e) Bergabung dengan lebih ramai blogger-lebih 600 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.

f) Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis blog.

g) Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.

Jika kalian berada dalam salah satu kategori diatas, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan.


Pm saya jika kalian sudah sedia.

Email: norulbadridaud@gmail.com
www.norulbadridaud.blogspot.com
Sms/Whatsapp : 011-11668841
https://www.facebook.com/nurrullz.daud

Friday 16 May 2014

TERIMA KASIH CIKGU

Teks: Norul Badri Daud
Gambar: Foto Google


Assalamualaikum w.b.t
Bismillah.

Salam Jumaat yang penuh keberkatan. Syukran. Syukran Ya Allah. Alhamdulillah, atas segala nikmat dan nafas yang Kau berikan Ya Allah. Semoga perjalanan hidup kita hari ini lebih baik daripada semalam dan diberkati serta dilindungiNya.

Hari ini adalah istimewa buat insan yang bergelar guru, pendidik dan pelbagai lagi gelaran yang biasa kita dengar. Hari guru yang jatuh pada 16 Mei akan sentiasa dikenang bagi mengingati jasa guru yang mendidik kita dan anak-anak kita pada hari ini. Tanpa mu cikgu siapa la saya. Jasamu tetap ku kenang ke akhir hayat.

Untuk guru-guru yang pernah mendidik saya, juga buat abang, kakak, saudara-mara, sahabat handai yang bergelar guru. Hanya ucapan `Selamat Hari Guru' dan iringan doa buat kalian ku titipkan. Semoga kalian terus bersemangat mencurahkan bakti dalam mendidik pewaris bangsa.

Untuk team guru online ABDR, `Selamat Hari Guru'. Semoga jaringan dan perkongsian ilmu dari kalian terus berkembang.



=======================================================================
Kelas asas blog dan penulisan

Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan penulisan.
a.. Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
b. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
c. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum.
d. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
e. Bergabung dengan lebih rami blogger-lebih 100 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.
f.Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
g. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
h. Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.


Jika kalian berada dalam salah satu kategori di atas, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan. Analisa dahulu sebelum masuk kelas. Boleh pm atau mesej inbox apabila sudah bersedia.


https://www.facebook.com/nurrullz.daud
Norul Badri Daud
Email: norulbadridaud@gmail.com
Sms/WhatsApp: 011-11668841

Thursday 15 May 2014

SELAMAT HARI GURU 2014

Teks: Norul Badri Daud
Gambar: Foto Google



Assalamualaikum w.b.t
Bismillah.

Hari yang cerah dan ceria hari ini. Alhamdulillah, perjalanan ke pejabat juga lancar walaupun ada sedikit kesesakkan di jalan raya. Pejam celik pejam celik dah masuk pertengahan bulan May dah. Tak lama saja lagi nak masuk Ramadan Al-Mubarak. Bulan yang penuh dengan keberkatan.

Esok 16hb Mei 2014 kita akan menyambut Hari Guru. Kepada Guru-guru di ucapkan Selamat Hari Guru semoga akan lebih berefisen dan berkaliber lagi dalam mengajar anak murid... kepada murid murid .. dengarlah cakap guru-guru kamu tu supaya dapat menjadi orang yang berguna kepada bangsa dan negara..hope la .. kepada Ibubapa yang mampu pula .. janganlah lupa beli hadiah ke apa ke untuk guru-guru yang mengajar anak kita tanda penghargaan terhadap usaha murni mereka....

Bersempena dengan Hari Guru ni.. saya nak story la sikit pengalaman sewaktu saya menjadi seorang murid dahulu...
Yang tak dapat dilupakan semasa saya di Sekolah Menengah, iaitu masa subjek Geografi.
tu la subjek yang paling memboringkan saya tak tau apsal maybe cikgu yang mengajarnya kurang berstamina kot, jadi setiap kali waktu geografi je saya dengan rakan akan berpakat nak ponteng kelas. Cikgu masuk je kitaorang akan menyelinap keluar dari pintu belakang, selalu akan lepak di makmal sains pasal time tu makmal kosong dan melepak bersama assistant lab yang sporting. Cikgu geografi tu bukan kenal orang sangat so dia tak perasan la sapa yang ada yang takde. Sampai la akhir tahun, tapi cikgu dah kena tukar cikgu disiplin plak yang take over so takde chance la nak ponteng lagi.

Itu antara pengalaman waktu sekolah dulu, banyak lagi kenangan manis sewaktu sekolah dulu, tapi nanti tak cukup page plak.

Jika kalian ada story boleh kongsikan disini dengan kita semua.

Selamat menyambut Hari Guru buat pendidik semua semoga kita diberkatinya.




Monday 12 May 2014

Masalah Rutin Akaun Usahawan Bisnes Kecil

Masalah Rutin Usahawan Bisnes Kecil
-Tidak tahu menjejaki kos, untung, aliran tunai bisnes
-Terlalu banyak kos tersembunyi kos tersembunyi yang mengecilkan keuntungan
(dilakukan dari awal mula bisnes)
-Mencampur aduk wang syarikat dan wang sendiri
-Menggunakan wang syarikat/bisnes dengan bebas tanpa rasa bersalah
-Membeli banyak stok pada awal bisnes menyebabkan 0 keuntungan
-Jualan meningk
at setiap bulan, akan tetapi tidak ada rekod kewangan yang tepat, menyebabkan tidak ada
wang keuntungan
-Tidak memasukkan kos pengurusan, kos minyak menyebabkan 'bahagian wang untung' semakin mengecil dan hampir tidak ada untung
-Selepas setengah tahun beroperasi, bisnes masih pada tahap sama, jualan tidak konsisten dan tidak tahu keuntungan yang tepat
-Bisnes seperti maju, produk laris tetapi tidak ada 'aliran tunai' yang banyak di dalam tangan

[Bengkel Offline Asas Akaun]
Pendaftaran untuk bulan Jun kini dibuka
Tarikh: 14.06.2014, Sabtu
Lokasi: Shah Alam
Masa: 9pg -5ptg
Makan tengahari dan air mineral disediakan.

Modul
1. Pengenalan Book keeping and accounting
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh entreprenuer
3. How to do record keeping
4. Basic costing and Pricing. Bagaimana anda meletakkan Harga?
5. Profit & Loss...anda untung @ Rugi????
6. Case Study (full set of Bookeeping)
case study - hands on task. Full cycle how to do book keeping.
Daftar sekarang. Tempat terhad untuk 50 orang sahaja.


Pm saya Nurul Daud untuk tempah tempat. 

Akademi Bekerja Di Rumah


Akademi Bekerja Di Rumah menawarkan kelas berikut :

1. Kelas online asas bina blog penulisan - 

Belajar menulis cara santai tapi masih mengekalkan bahasa melayu formal. Salah satu cara menarik minat pembaca suka baca dan bertandang. Bina tapak awal memperkenalkan diri pada pembaca/bakal pelanggan. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi. Bergabung dengan lebih ramai blogger di akademi kami, kini sudah mencecah 700 blog untuk membantu aliran trafik ke blog. Belajar mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog. Bagi yang sudah ada blog, tapi masih tiada idea menulis juga dialu-alukan untuk sertai kelas ini.

 
2. Kelas online asas blog fanpage mula bisnes - 

Bagi yang mahu mulakan bisnes online tapi tidak tahu cara. Mahu mula berbisnes tapi masih tiada produk. Belajar urusniaga mudah dengan mnggunakan medium percuma blog, fnpage, fb. Belajar menjana pendapatan awal bermula RM5, RM10, tingkatkan lagi RM20, RM50, RM100 dan seterusnya (tertakluk kepada kerajinan dan konsisten masing-masing). Kelas yang sangat sesuai untuk suri bekerjaya yang sangat sibuk, suri rumah sepenuh masa dan bagi mereka yang mahu buat secara sambilan atau sepenuh masa. Belajar membuat blog kedai online, belajar menulis konsisten, buat borang tempahan, jenis-jenis entri blog, buat fan page, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.

 
3. Kelas beriklan di mudah.my - 

Mudah.my merupakan medium promosi online secara percuma. Belajar teknik beriklan dengan betul di situ.

 
4. Kelas penulisan kreatif - 

Bagi yang bercita-cita menulis cerpen. Belajar menulis cerpen dahulu sebelum menulis novel. Apabila sudah pandai tulis cerpen, insya Allah boleh menulis novel.

 
5. Rakan niaga / pengurus online akademi - 

Kami buka penyertaan ini kepada mereka yang mahu memulakan bisnes online tapi tiada produk untuk diniagakan. 3 produk utama akademi iaitu kelas online, produk digital ebook dan pakej iklan. Kesemuanya atas talian. Tiada stok yang perlu disimpan, juga tidak memerlukan modal tinggi. Hanya berbekalkan komputer dan talian internet.

 
6. Kelas urus niaga akaun bisnes kecil WAHM SOHO - 

Bagi mereka yang mahu belajar mengurus akaun bisnes. Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.

***


Bagaimana kelas ini dijalankan?

Kelas berbentuk toturial ini dijalankan sepenuhnya secara online (atas talian). Protege akan diberikan ebook rujukan iaitu ebook belajar asas blog. Protege akan dimasukkan dalam group kelas di facebook. Komunikasi adalah secara one to one (personal coaching) melalui pm di facebook atau group kelas. Nota dan toturial bergambar disediakan di dalam group kelas tersebut.
Jadual kelas adalah fleksibel, ikut masa protege sendiri bila mahu belajar. Pertanyaan dan soalan boleh dilontarkan terus kepada guru online melalui message di facebook. Peserta hanya perlu rajin menyiapkan tugasan yang diberikan dan rajin bertanya dan berhubung dengan guru jika ada soalan yang ingin diajukan.
Tugasan yang diberikan adalah sepenuhnya terus membantu protege menyiapkan blog masing-masing. Dengan ini protege tidak perlu mengambil masa lain lagi untuk menyiapkan semula blog mereka. Protege dan guru online hanya berhubung secara online sahaja. Hanya perlu ada kelengkapan gadget iaitu laptop atau komputer dan talian internet. Malah jika ada telefon canggih juga satu kelebihan kepada protege untuk membuat tugasan terus walau di mana pun mereka berada.


Kelas ini di mana?

Uniknya kelas kami secara online sahaja. Boleh mula bila-bila masa sudah sedia.


Saya bekerja tak ada masa?

Disebabkan tuan/puan tak ada masa, itu sebab kelas ini masanya fleksibel. Iaitu 10 langkah mudah untuk kelas penulisan dan 16 langkah untuk kelas bisnes.



Saya tak ada produk. 

Produk kami sediakan. Boleh jadi rakan niaga akademi. Jika sudah ada produk lagi ok.

 
Berapa lama boleh pandai? 

Bukan berapa lama boleh pandai, tetapi berapa cepat tuan/puan boleh siapkan tugasan. Ada pelajar laju ambil masa 10 hari sahaja, ada 3 minggu, ada sebulan dan ada lebih dari itu. Cepat lambat adalah bergantung pada protege sendiri. Cepat siapkan tugasan, maka cepatlah kalian boleh mula menggunakan blog, facebook dan fanpage untuk menjana pendapatan pula.


Apa lagi yang kami dapat? 

Jaringan dan perhubungan sahabat-sahabat lain yang juga dari kalangan surirumah, suri bekerjaya. Boleh berkenalan dan bertukar pandangan. Inilah kumpulan sokongan yang perlu untuk wanita yang bekerja di rumah, untuk mendapatkan semangat, pendapat, bina kenalan baru dan sebagainya. Juga pertukaran antara blog di akademi dapat membantu menarik traffik ke blog.


Kelas ini terbuka kepada semua yang mahu memulakan bisnes secara online, masih tidak tahu cara bagaimana mahu memulakan. Khusus utama untuk suri rumah, suri bekerjaya yang mahu menambah pendapatan secara sambilan atau sepenuh masa. Juga dialu-alukan penyertaan untuk kaum adam.

=============================================================================

Pertanyaan lanjut tentang Akademi Bekerja Di Rumah sila hubungi :
 
www.norulbadridaud.blogspot.com
Email : norulbadridaud@gmail.com
Sms/WhatsApp : 011-11668841
Fb https://www.facebook.com/nurrullz.daud

Thursday 8 May 2014

Cerita Sebelum Kenduri Kahwin

Teks: Norul Badri Daud
Gambar: Foto Peribadi


Assalamualaikum w.b.t
Bismillah.

Alhamdulillah. Hari ni sudah boleh melakukan tugasan dengan selesa. Aircond dah siap repair semalam. Tengahari tadi tak keluar makan hanya bersantai-santai kat pejabat sambil blogwalking blog rakan-rakan ABDR. Dah semakin ramai yang join group ni. Alhamdulillah, semoga kita semua dapat berkongsi ilmu dan pengalaman disini.

Teringat pula nak kongsi cerita sempena cuti hari pekerja 1 May 2014 Khamis lepas. Saya sebenarnya balik kampung di Baling, Kedah. Abang yang sulung mengadakan kenduri kahwin anak lelaki sulungnya. Saya balik bersama adik yang bongsu dan isterinya, kerana en. suami dan anak yang sulung tak ikut.

Kami bergerak dari Kuala Lumpur jam 7.00 pagi  dan sampai di kampung saya jam 1.30 petang. Alhamdulillah, sepanjang perjalanan tak ada halangan. 

Kenduri sebelah pihak perempuan hari Sabtu 3 May 2014. Em, sama pula dengan hari lahir anakku yang ke 3, Puteri Zahraa Aqilah. Sibuk si kecik tu minta dibelikan kek hari lahirnya. Adikku yang sponsor kek hari jadinya warna purple, gambar durable princess. Suka betul Zahraa dengan kek tu. Terima kasih mak njang sponsor kek.

  Kek purple yang sedap sekali

Tapi, oleh kerana dah kepenatan hari tersebut kami sambut ala kadar je keesokan harinya. Kelam kabut juga, mana nak pergi kenduri mana nak potong kek lagi. Hihi, sempat potong kek sekejap terus pergi ke majlis kenduri, kerana nak membantu apa yang perlu.

Jom layan gambar dulu.

 


simple je kan

Nanti sambung lagi ya. Tunggu.

Wednesday 7 May 2014

Bersalin Alami?

Teks: Norul Badri Daud
Gambar: Foto ABDR


Assalamualaikum w.b.t
Bismillah.



Pengalaman Pertama

Izinkan saya menceritakan pengalaman bersalin. Ternyata perjuangan sebenar bagi seorang perempuan adalah setelah dia berkahwin.

Pengalaman ketika menunggu waktu untuk melahirkan anak pertama sangat mendebarkan. Orang kata sakit sangat. Ada orang lain kata seperti sakit senggugut tapi 10 kali ganda lebih dasyat. Aduhai, berdebar sangat rasa apatah lagi masa tu kandungan dah mencecah 38 minggu.

Selepas keluar tanda bersalin iaitu tompokan darah yang sedikit, suami bawa ke hospital. Malangnya hospital di Putrajaya dan sekitarnya tidak terima masuk sekiranya bukaan serviks di bawah 3cm. 


"Bagaimana nak tahu bukaan serviks itu sudah 3cm dan lebih?" 


Begitulah soalan saya kepada doktor. Kira-kira sudah 3 kali saya asyik berulang alik ke hospital kerana menyangkakan sudah hampir bersalin. Pada masa tu, dah mula rasa perut kejang dan sakit.

Justeru kami terus ambil keputusan mahu pulang ke kampung. Dalam perjalanan, saya elok sahaja. Tak pula sakit. Pada tengahari keesokan harinya, saya pergi ke Hospital Pontian dan diterima masuk ke sana. Jururawat suruh masuk sahaja lagipun di dalam wad lengang sahaja. Duduk-duduk rehat katanya.

Memang betul saya duduk-duduk rehat sahaja. 2 hari 2 malam bercuti di hospital. Makan, tidur, baca Al-Quran dan solat apabila tiba waktu solat. Sekali sekala saya dukung bayi yang baru dilahirkan. Cium kuat-kuat. Comel! Subhanallah...

Kesakitan yang Tenang

Kisah semangat ini bermula apabila rakan sebilik saya yang juga seorang ustazah mahu melahirkan anaknya yang ketiga. Pada malam kedua saya di sana, beliau memberitahu saya akan gerak hatinya mahu melahirkan anaknya pada malam ini. Hati ibunya gelisah kerana sudah 2 hari meninggalkan rumah. Apa cerita pada 2 anaknya yang lain itu.

Saya melihatnya hanya terbaring mengiring sahaja. Kadang-kadang duduk mahu minum air. Beliau mengiring ke arah saya. Saya melihat wajahnya dengan jelas. Beliau selalu menutup matanya. Tapi bukan tidur. Beliau sedang bercerita pada saya akan nikmatnya menjadi seorang ibu. Saya sedang mendengar ceramah agama 'live' daripada seorang ibu yang bertarung kesakitan mahu melahirkan anak! 


Saya teringat-ingat wajahnya yang manis itu. Banyak tersenyum apabila berkata-kata. Tiba-tiba beliau turun dari katil dan segera betulkan kainnya. Kainnya basah! Baru saya tahu itulah air ketuban. Banyak hingga menitik ke lantai. Saya tawarkan diri mahu memanggil jururawat. Ketika itu sudah pukul 4 pagi. Kami tak tidur malam itu. Beliau menolak kerana mahu berjalan sendiri. Beliau jalan perlahan-lahan.

Saya hanya melihatnya berjalan sehingga beliau masuk ke bilik bersalin. Tak sampai 15 minit, saya terdengar suara bayi menangis.

Allahuakbar!

Selepas subuh, apabila beliau masuk sahaja ke bilik, saya dengan tak sabarnya bertanya padanya dengan soalan bertalu-talu.

"Akak, senangnya bersalin! Tak sakit ke?" 

Beliau tersenyum sahaja. Beliau berdoa semoga saya bersalin sebelum beliau dibenarkan keluar. Beliau mahu membimbing saya.

Tengahari itu juga saya sudah terasa sakit. Sakit yang tak pernah dialami sebelum ini. Menggeletar gigi dan seluruh tulang mahu menahan rasa sakit ini. Air mata keluar tanpa sedar.
 
Pukau
Kakak sebilik tadi terus menerus memukau saya dengan alunan zikir. Beliau menyuruh saya berzikir bersama-sama. Kata-kata nasihat terus menerus masuk ke telinga saya. Masyaallah, sampai sekarang masih terngiang-ngiang nasihatnya sepanjang tempoh paling getir dalam hidup saya.

Pada masa inilah, kurma masuk ke mulut saya terus menerus. Sentiasa mengunyah kurma sepanjang masa. Apabila dahaga, minum air masak sahaja. Begitulah pesannya.


Bersalin
Alhamdulillah, suami dapat menemani saya ketika di dalam bilik bersalin. Rupa-rupanya bayi saya berada pada kedudukan mendongak. Maka, saya mengambil masa 1 jam ketika proses mahu meneran. Sangat lama. Alhamdulillah, jururawat bagi saya masa dan tak paksa ketika proses mengeluarkan bayi. 

Saya sangat bertenaga pada waktu tersebut. Malah, sehingga waktu selepas melahirkan. Saya aplikasikan juga teknik memakan kurma semasa mahu melahirkan anak kedua. MasyaAllah, kali ini lebih dan sangat bertenaga. Yelah, 2 kotak kurma saya makan. 

Rasa bersalin kali kedua, perasaannya sama sahaja seperti selepas membuang air besar. Tak sakit dan rasa lega sangat kat perut! Boleh baca cerita saya bersalin anak kedua di sini. Tetapi, awas ceritanya sangat panjang berjela.

Subhanallah. Segala pujian hannya milik Allah.

Baca lagi 9 pengalaman menarik ibu-ibu yang telah melalui proses bersalin alami yang menyeronokkan. 



Berkuasa Pada Proses Kelahiran 
Bersalin Sangat Indah dan Seronok 
Bersalin Normal Selepas Pembedahan 
Bersalin Alami di Rumah 
 Bersalin Alami di Hospital Kerajaan 
Bersalin Alami Seorang Diri 
Bersalin Alami Selepas Trauma Kelahiran Lalu 
Bersalin Alami Mencipta Aura Positif dalam Diri 
Bersalin Alami Spontan dan Cepat 
Cerita Bersalin Alami dari Bidan ‘Maya’ 




 
Ebook Bersalin Alami
Hanya RM 25 SAHAJA
Terus tempah di sini 
http://norulbadridaud.blogspot.com/p/blog-page_24.html





1          APA ITU BERSALIN ALAMI      

1.1  Cinta Melahirkan Cinta

1.2  Bertuah Menjadi Wanita

1.3  Cerita Seram Ibu Mengandung

1.4  Kenapa Bersalin akan Rasa Sakit?

1.5  Sistem Superb dalam Badan

1.6  Budaya Bersalin

1.7  Rahsia Buang Rasa Takut

1.8  Selamat Tak Bersalin?

1.9  Sejarah Bersalin Di Sisi Islam

1.10    Trend Beralin Generasi Y

1.11    Jihad Bersalin

1.12    Proses Bersalin

2          PERSEDIAAN ASAS

2.1  Rancangan Bersalin (Birth Plan)

2.2  Teman Bersalin

2.3  Sokongan Suami

2.4  Kumpulan Sokongan

2.5  Persediaan Mental

2.6  Kelas Persediaan

2.7  Senaman Semasa Mengandung

2.8  Tawakal

2.9  Pemakanan Semasa Mengandung


3          TEKNIK BERSALIN ALAMI

3.1  Teknik Urutan

3.2  Teknik Pernafasan

3.3  Bebas Bergerak

3.4  Teknik Imaginasi

3.5  Teknik Bertenang

3.6  Induksi Semulajadi

3.7  Teknik Psikologi

3.8  Ayat Afirmasi

3.9  Kaedah Bersalin Alami

3.10   Teknik Akupuntur


4          PENGALAMAN BERSALINKU YANG INDAH

4.1  Berkuasa Pada Proses Kelahiran – Nuraliyah

4.2  Bersalin Sangat Indah dan Seronok - Ashila

4.3  Bersalin Normal Selepas Pembedahan – Nor Sakinah

4.4  Bersalin di Rumah – Tini Wirdas

4.5  Bersalin di Hospital Kerajaan – Iryani Ahmad

4.6  Bersalin Alami Seorang Diri - Noradlie

4.7  Bersalin Alami Selepas Trauma Kelahiran Lalu – Meidy Katrin

4.8  Bersalin Alami Mencipta Aura Positif dalam Diri – Cia E. Hendry

4.9  Bersalin Alami Spontan dan Cepat – Nadine Ghows

4.10   Cerita Bersalin Alami dari Bidan ‘Maya’ – Nailah




5          RUJUKAN
 
 
 
 

Ebook Bersalin Alami
Hanya RM 25 SAHAJA
Terus tempah di sini 
http://norulbadridaud.blogspot.com/p/blog-page_24.html