Monday 31 March 2014

Pengalaman Berbisnes

TEKS: NORUL BADRI DAUD


Assalamualaikum w.b.t
Bismillah.

Syukur Alhamdulillah atas anugerah dan limpahan kurniaNya. Hujan yang mencurah bumi sebentar tadi menjadikan cuaca sejuk, ditambah pula dengan sejuknya air-cond. Entri kali ini nak bercerita tentang pengalaman saya mula berbisnes. Em, macam besar ye bisnes yang saya lakukan.

Sebetulnya, minat berbisnes ini mula bercambah pabila saya kenal dengan suami dan keluarga mertua. Arwah ayah mertua merupakan kontraktor binaan pada masa itu. Suami ada mengikut jejak arwah dengan menubuhkan syarikat enterprise sendiri. Walaupun mendapat kontrak secara kecilan dari pihak hospital, tetapi ianya berterusan. Dari situ saya mula belajar dan membantu suami dalam menguruskan syarikatnya. Namun saya masih meneruskan pekerjaan asal sebagai seorang pereka pelan elektrikal. Dalam pada itu, saya turut melakukan pelbagai jenis lagi bisnes seperti menjual brooch Korea, tudung bawal, minyak wangi dan kuih-muih pada musim raya. Mungkin kerana tiada ilmu dan fokus dalam bisnes tersebut, ianya semakin lama semakin tenggelam dan terus tenggelam.

Alhamdulillah, dipertemukan dengan ABDR yang diasaskan Pn. Masayu Ahmad. Minat yang mula luntur itu, mula dicambah kembali bila membaca komen-komen positif dari protege yang mengikuti ABDR. Keinginan yang tinggi untuk belajar cara platform yang betul dalam berbisnes, membuatkan saya rela melaburkan wang bagi mendalami ilmu didalam kelas ini. Bagi saya satu kepuasan bila mana dapat membina sendiri blog yang di ingini, disamping mencari peluang melakukan bisnes sambilan dengan berblog.

Semoga terus istiqamah. Itulah harapan dan doa saya. Sampai jumpa lagi di entri akan datang.
 

Cerita hari ini

TEKS: NORUL BADRI DAUD
GAMBAR: FOTO GOOGLE 


Assalamualaikum w.b.t
Bismilah.





Alhamdulillah. Cuaca hari ini cerah dan terang. Bermula minggu baru, bermula kembali alam persekolahan setelah bercuti selama seminggu. Seronoknya baca blog orang yang suka update hari-hari, makan-makan, minum-minum,jalan-jalan. Penuh dengan tip-tip motivasi. Blog sendiri kadang-kadang je update.

Apapun bersyukur pada Allah kerana masih diberi kesempatan untuk bernafas di dunia ini. Terjumpa dengan coretan ustaz Kazim Elias ini, teringat untuk dikongsi di blog. Semoga kita menjadi seperti itu. Walaupun awalnya terasa payah, terusla berdoa agar dipermudahkan Allah.

Sampai jumpa lagi.

Thursday 27 March 2014

Tips Asas Penulisan Blog

TEKS: NORUL BADRI DAUD
GAMBAR: FOTO GOOGLE



Assalamualaikum w.b.t
Bismillahirrahmanirahim.


Alhamdulillah, hari ini cuaca cerah dan terang. Perjalanan ke pejabat pun lancar pagi ini, kerana jalanraya  kurang sibuk musim cuti sekolah ini. Cuti sekolah kali ini, tiada perancangan kemana-mana. Anak-anak yang besar ikut opahnya ke Trengganu, ke rumah bapa saudara mereka di sana.

Kerja di pejabat juga agak banyak minggu ini. Dalam pada itu sempat juga mencari ruang untuk menulis di blog ini. Tak adalah nanti kunjungan kalian kesini kosong macam rumah yang tiada penghuni. Aduh!, susah juga hendak mencari idea menulis disini. Namun bak kata pengasas ABDR Pn.Masayu Ahmad, seperti tips dibawah, Inshaallah semua itu akan dapat di atasi.

Tips asas kepakaran penulisan di blog:
-Baca, baca dan baca bahan rujukan berkaitan tajuk blog
-Tulis dan tulis
-Cari ruang 24 jam sehari itu, biasakan mengambil hanya 5 hingga 10 minit
sahaja untuk update, jadikan tabiat harian
-Mula rancang berapa minit sahari untuk update blog

Wednesday 26 March 2014

TERMA &SYARAT


Setiap urusniaga melalui laman blog ini adalah tertakluk kepada terma dan syarat seperti berikut:

1. Urusniaga adalah secara online. Kami menerima tempahan 24 jam setiap hari.

2. Segala tempahan akan diproses setelah bayaran penuh diterima.

3."Cash On Delivery (COD)" hanya kawasan yang berhampiran sahaja.

3. Pastikan isi dengan teliti untuk produk pakej, sila tulis kembali jenis produk. Jangan tulis nama pakej sahaja. Ini memudahkan pihak pembungkusan.

4. Penghantaran melalui skynet sahaja. Berdasarkan rekod sepanjang awal tahun lalu. Cara pengiraan asas setiap produk seperti berikut : 1 unit produk pertama ialah RM10 dan tambah RM3 untuk produk kedua dan seterusnya.

5. Pengiraan kos pos adalah berdasarkan:

    Caj pos yang dikenakan pihak skynet
    Kos pembungkusan
    Kos kotak
    Kos minyak
    Kos pengurusan dan tenaga kerja
Di atas adalah pengiraan asas.

6. Jaminan : Sekiranya berlaku kerosakan produk semasa penghantaran, akan dihantar diganti baru dan pembungkusan yang kemas, penghantaran yang selamat ke lokasi pembeli. Bergantung kepada budi bicara pihak kami. Terima kasih kerana membeli di Bisnes IKS. Semoga anda berpuas hati dengan layanan kami.

Tuesday 25 March 2014

Pray 4 MH370

TEKS: NORUL BADRI DAUD
GAMBAR: FOTO GOOGLE



Assalamualaikum w.b.t
Bismillahirahmanirrahim.






Tersentuh hati ini apabila mendengar perkhabaran tentang MH370, sedih sangat. Apatah lagi dikalangan keluarga mangsa. Al-Fatihah untuk mangsa-mangsa MH370 yang beragama Islam dan takziah kepada keluarga yang terlibat. Semoga mereka aman disana.

Hari yang menyedihkan bagi seluruh warga Malaysia Airlines...dan rakyat Malaysia...semoga kita semua cekal menghadapi segala dugaan dan ujian...semoga Allah s.w.t memberikan kita kekuatan dan ketabahan.


Monday 24 March 2014

Teh O Cicah Baulu



Teks: Norul Badri Md Daud
Foto: Peribadi

Assalamualaikum w.b.t
Bismillahirahmanirahhim..

Alhamdulillah, sudah hampir selesai tugasan di pejabat untuk hari ini. Jam menunjukkan tepat pukul 4.15minit petang. Perut dah mula berdondang kerana tengahari tadi tidak sempat makan tengahari lantaran menyiapkan tugasan yang dipinta oleh boss.

Dek kerana tidak makan tengahari perut dah pedih minta diisi. Em, nasib aku ada simpan oat di pejabat. Boleh lah dibuat untuk minum petang sehingga tamat waktu kerja hari ini. Lupa pula, kuih baulu ikan yang juga aku simpan untuk waktu kritikal macam ni. Kritikal lah sangat ye. Kuih baulu ni memang enak dan sedap. Anak- anak pun suka makan. Tengok lah tu, anakku yang kecil pun suka kuih baulu ni.




Jom minum petang air teh o panas cicah kuih baulu.

Doa Masih Perlukan Usaha

TEKS: NORUL BADRI DAUD
GAMBAR: FOTO GOOGLE



Assalamualaikum w.b.t
Bismillahirahmanirahhim.





Alhamdulillah, diberi kesihatan yang baik oleh Allah dalam meneruskan kehidupan harian walaupun keadaan cuaca di luar yang tidak menentu. Entri saya kali ini merujuk kepada keinginan diri yang mahu memulakan perniagaan online sehingga berjaya. Pastinya masih perlu menimba ilmu, usaha dan berdoa agar dipermudahkan olehNya.

Memang betul ada janji Allah SWT, kepada hamba-Nya. " Mintalah nescaya aku kabulkan."
Namun jika kita meminta kepada-Nya tanpa diikuti ikhtiar dan usaha, yang selari dengan doa, sudah pasti doa kita sia-sia. Allah dah janji : Dia takkan ubah nasib kita jika kita sendiri tidak mahu ubah.

Sudah penat berebut-rebut di pagi hari atas jalanraya. Menjadi impian dan angananku bekerja dari rumah sambil mendidik dan melayan anak-anak. Doa ku agar Allah permudahkan jalannya. Ikhtiar,usaha,doa dan tawakkal. Hanya Allah yang mengetahui terbaik untuk kita.

"Ya Allah permudahkan urusanku, jangan Kau sulitkan." Amin.

Friday 21 March 2014

Biodata Penulis

Biodata Penulis

Teks: Norul Badri Daud
Gambar: Foto Peribadi


Assalamualaikum w.b.t
Bismillah.